Krisis terkini kerajaan negeri Kedah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 07, 2012

Krisis terkini kerajaan negeri Kedah

Selagi Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Dipertua PBT diberi kuasa macam tu, selagi itulah Umno BN cukup mudah untuk pegang alat 'remote control' untuk sabotaj kerajaan negeri.

Blog Kedah La menulis:
Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kini beliau sudah 'throw the towel'. Tidak hadir beberapa kali Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan sengaja serta asyik berada di luar negara (yang sebahagiannya adalah tanpa pemakluman kepada YAB Menteri Besar).

Ketidakhadiran beliau dalam Majlis Mesyuarat Exco, menyerlahkan bahawa krisis yang berlarutan selama ini tidak terbendung lagi.

Apakah 'krisis' yang berlaku sebenarnya? - Kedah La. 
Untuk dapat gambaran lebih lanjut krisis di Kedah ni boleh baca di blog KedahLa baca artikel:
Sejak dari awal selepas PRU2008 lagi aku dah tulis pasai ni. Betapa perlunya Kerajaan negeri yang Pakatan Rakyat perintah untuk tukar 3 pegawai utama kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan negeri. 3 jawatan utama yang sangat berkuasa menentukan perjalanan Kerajaan negeri mengikut kehendak dan arahan Menteri Besar dan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Keperluan tu nampak lebih jelas bila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang melalui rampasan kuasa dan yang jadi pemain utamanya adalah Setiausaha Kerajaan Negeri yang beraksi ala 'si anjing Umno'.

Sekali lagi nampak jelas bila Umno BN melalui pejabat Istana dan pejabat Ketua Setiausaha Negara memastikan perlantikan Khusrin yang dilihat selalu bernada Umno sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru walaupun Khalis Ibrahim sebagai menteri Besar Selangor tak setuju.

Aku langsung tak boleh terima bila ada pemimpin Pakatan Rakyat kata kita tak boleh buat apa-apa pasai melibatkan kuasa pejabat Istana.

Sekurang-kurangnya tindakan macam yang Khallid Ibrahim buat dengan bagi 'tekanan' kepada Khusrin bagi signal yang cukup jelas kepada Khusrin siapa boss dia yang sebenarnya.

Tindakan 'kepala masam' dari kalangan Ahli Majlis Kubang Pasu tu adalah antara benda yang boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kalau Ahli Majlis semua PBT di Kedah ambik tindakan 'kepala masam' macam tu dan ditambah pulak lagi dengan 'tekanan' secara berterusan dari menteri Besar dan semua Exco, aku yakin kalau pun Setiausaha Kerajaan negeri tu tak letak jawatan, dia takkan berani nak buat tindakan celaka mengkhianati kerajaan negeri.

Yang jadi masalahnya bila Ahli Majlis PBT tak sedar kuasa yang ada pada depa. Aku yakin ramai yang rasa macam depa bekerja dengan Yang Dipertua Majlis merangkap Pegawai Daerah.

Depa taktau yang sebenarnya kuasa Yang Dipertua Majlis lebih kurang sama macam kuasa speaker Dun atau Parlimen, cuma mempengerusikan mesyuarat.

Tapi yang selalu jadi, YDP bersama Setiausaha Majlis yang buat keputusan dan ahli Majlis cuma jadi 'rubber stamp' mengendos keputusan tu.

Satu realiti yang tak patut kita lupa, boleh kata hampir semua depa tu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Dipertua Majlis PBT cukup lama bekerja dengan Umno, malah aku yakin ramai yang memang ada kes masa berkhidmat dengan kerajaan pimpinan Umno dulu.

Selagi Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Dipertua PBT diberi kuasa macam tu, selagi itulah Umno BN cukup mudah untuk pegang alat 'remote control' untuk sabotaj kerajaan negeri.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...