Kesian kat keluarga Azilah Hadri dan Sirul Azhar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 25, 2012

Kesian kat keluarga Azilah Hadri dan Sirul Azhar

Takdak sebab lain penangguhan ni melainkan sebab Najib Razak takut kalau rayuan kes ni dijalankan sekarang akan bagi kesan kepada persepsi ke atas Umno BN yang kena hadapi reba PRU13

Malaysiakini melaporkan:
Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan. - Mkini
Ada satu prosa inggeris yang berbunyi "Justice delayed is justice denied".

Dalam bab ni aku kesian kat keluarga Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar. Sampai bila depa nak kena tanggung tekanan akibat mainan politik Najib Rosmah yang bersekongkol dengan Pejabat Peguam Negara.

Gila tak gila mahkamah Malaysia bila motif pembunuhan pun jadi tak penting pasai nak selamatkan Najib Rosmah.

Lagi kesian kat keluarga Alttantuya Saaribu yang sampai hari ni, dah lebih 6 tahun dinafikan perbicaran yang adil dan telus.

Harakahdaily juga melaporkan:
Pada April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.

Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara sedang sibuk membuat persediaan. - Ibid.
Aku yakin takdak sebab lain penangguhan ni kecuali sebab Najib Razak takut kalau rayuan kes ni dijalankan sekarang akan bagi kesan kepada persepsi ke atas Umno BN yang kena hadapi reba PRU13 yang terpaksa dijalankan jugak dalam masa yang terdekat ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...