Buku terhangat di pasaran yang mungkin diharamkan tak lama lagi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 23, 2012

Buku terhangat di pasaran yang mungkin diharamkan tak lama lagi...

Jangan takut, semua maklumat peribadi tu takkan terlepas ke tangan SB. Itu janji pengedar online buku tu, walaupun KALAU ditakdirkan mamat tu kena tahan pasai semua bukti dan maklumat peribadi tu akan dimusnahkan sebaik saja buku tu dipos. Untuk lebih selamat, elok order sebelum buku tu diharamkan.

Buku terbaru tulisan penulis politik tersohor negara Pak Habib Syed Hussein Al-Attas yang bertajuk Setan, Syaitan dan Sultan dah pun ada dipasaran.

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi siapa Syed Hussien Al-Attas dan orang yang biasa baca buku-buku tulisan dia sebelum ni tentu tak sabar-sabar nak miliki buku terbaru dia ni, tentu tak menyesal punya.    
Cuma masalahnya, nak dapatkan buku tu mungkin ada masalah sikit pasai katanya takdak kedai yang berani jual buku tu secara terbuka.


Video ikhsan blog APA.

Memang tak heran pun pasai tajuk buku tu mengancam sangat, memang tak ramai Malaysia yang berani nak lawan sultan terang-terang, tambah-tambah pulak sampai tahap jual buku yang tajuk dia pun dah cukup kontroversi, memang kedai-kedai buku tak berani jual.

Selain dari risiko buku 500 mukasurat tu mungkin dirampas, tokey kedai tu pun mungkin terpaksa tidur lokap kalau tiba-tiba buku tu diharamkan, selain dari takut lesen depa kena tarik la kut.

Jadinya, untuk memudahkan peminat dan orang yang teringin nak baca dan memiliki buku ni, ada member yang tolong jual secara online.

Cuma perlu email butiran peribadi seperti di bawah kepada mediaperak@gmail.com :
1 . NAMA PENUH

2 . NO TALIPUN

3 . ALAMAT PENUH

4 . JUMLAH BUKU YANG INGIN DIPESAN

5 . BUKTI PEMBAYARAN MELALUI AKAUN Maybank 1580 9762 5245 atas nama Mohmad Afandi Ahmad.

Harga bagi senaskah buku ialah RM60 termasuk kos penghantaran melalui pos dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jangan takut, semua maklumat peribadi tu takkan terlepas ke tangan SB. Itu janji pengedar online buku tu, walaupun KALAU ditakdirkan mamat tu kena tahan pasai semua bukti dan maklumat peribadi tu akan dimusnahkan sebaik saja buku tu dipos. Untuk lebih selamat, elok order sebelum buku tu diharamkan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...