Penyokong PR tepuk tangan bila SKMM block MediaPerak.com? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 23, 2012

Penyokong PR tepuk tangan bila SKMM block MediaPerak.com?

Tumbang satu, bangkit berpuluh, tumbang berpuluh, bangkit beratus, tumbang beratus, bangkit beribu..dan begitulah seterusnya!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya pasai apa tak boleh masuk blogzine MediaPerak.com. Bukan setakat pengunjung tertanya-tanya, admin blogzine tu pun tertanya-tanya jugak.

Rupa-rupanya senyap-senyap domain MediaPerak.com  dah block arahan SKMM dan PDRM. Patut pun tak boleh masuk.

Aku yakin ramai yang seronok bila domain MediaPerak.com kena block. Selain dari pemuja Sultan dan Raja, puak-puak penchachai Umno BN terutama sekali yang di Perak memang tentu punya la seronok sakan. Tapi selain tu, aku yakin ramai jugak penyokong Pakatan Rakyat yang tumpang seronok terutama sekali penyokong Ngeh dan Nga dan jugak penyokong Hj Asmuni.

Pasainya selain banyak artikel yang membelasah institusi istana dan jugak membelasah kebobrokan Umno BN, MediaPerak jugak dah mula belasah pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Mula-mula 'taiko' DAP, Ngeh dan Nga dan lepas tu 'taiko' PAS, Hj Asmuni, lepas ni pemimpin Pakatan Rakyat mana pulak akan kena belasah, tak mustahil lepas ni Hj Nizar pulak yang kena belasah.

Walaupun depa membelasah tapi depa kata depa sangat mengalu-alukan kalau pihak berkenaan nak belasah balik termasuk depa takdak masalah untuk paparkan belasah balas tu dalam MediaPerak sendiri, cuma perlu hantar ke email admin dan depa akan publish.

Pun begitu, tindakan MediaPerak tu nampaknya bertepatan dengan permintaan Hj Nizar macam yang dilaporkan blog SisiBukit:
Ipoh,21 Oktober-Ucapan DS Nizar kelmarin 21 Oktober ,amat menarik. Beliau meminta untuk calon-calon yang ada masalah untuk menarik diri daripada dicalonkan,

Beliau memberitahu musuh politik UMNO akan menggunakan apa saja untuk memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang ,gambar fitnah beliau bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.

Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. - SisiBukit.
Apa pun, blogzine MediaPerak dah boleh dilayari balik menggunakan domain baru MediaPerak.net.

Ada member yang tanya, kalau domain baru tu pun SKMM block jugak macamana? Jawapannya mudah saja, buat domain baru.

Macam yang ditulis dalam MediaPerak.net:
Tumbang satu, bangkit berpuluh, tumbang berpuluh, bangkit beratus, tumbang beratus, bangkit beribu..dan begitulah seterusnya! - MediaPerak.net
Kalau lepas ni ada masalah lagi tak boleh access MediaPerak.net contohnya boleh rujuk ke:
Page: www.facebook.com/mediaperak.page
FB: www.facebook.com/warga.mediaperak
Twitter: www.twitter.com/mediaperak
Youtube: www.youtube.com/mediaperak - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...