Tiba-tiba PAS bukan lagi 'kuda tungangan DAP'... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 20, 2012

Tiba-tiba PAS bukan lagi 'kuda tungangan DAP'...

Masa minum petang tadi aku sempat selak akhbar Utusan, memang macam dijangka penuh dengan cerita berkaitan statement bangang Ngeh dalam twitter dia.

Kalau nak kira statement Ngeh tu dari segi bahasanya tak la berapa nak bangang, dari segi maksud pun kalau nak boleh ditafsirkan ke arah tak bangang, tapi sebagai ahli politik Malaysia yang majoriti rakyatnya masih lagi bersifat feudal, keluarkan kenyataan macam tu memang bangang.

Dalam berpolitik kat Malaysia ni, tak sesuai nak cakap berlapik berkias-kias, macam dialog filem P. Ramlee "cakap biar terang."
Yang menariknya, akhbar Utusan hari ni cukup banyak gambar dan kenyataan pemimpin PAS, sampai kenyataan Hafiz Nordin penyokong kuat Dr. Hasan Jati pun ada konon sebagai aktivis PAS.

Semua kenyataan pemimpin PAS tu bukan setakat belasah Ngeh malah ada yang tambah tail lagi belasah DAP.

Tapi aku yakin tak ramai pembaca Utusan yang perasan, tindakan Utusan tu dalam masa yang sama   menidakkan tuduhan Utusan selama ni yang dakwa 'PAS sebagai kuda tunggangan DAP', 'PAS sanggup ketepikan hudud pasai takut kepada DAP'. 'PAS sanggup buang agenda Negara Islam pasai takut DAP marah' dan macam-macam lagi tuduhan Utusan.

Apa pun, terima kasih Utusan pasai tolong sediakan satu bahan untuk risalah kempen rayu undi rumah ke rumah jentera muslimat PAS untuk jawab risalah Umno macam imej yang kat atas tu.


Apa pun, Ngeh dah pun mintak maaf dan tarik balik kenyataan dalam twitter dia tu. Cumanya, dalam politik Malaysia, minta maaf dan tarik balik kenyataan takdak makna apa-apa terutama sekali kepada penchachai Umno BN.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...