Betui ka Ngeh ada turun sama demo di depan Kedutaan Amerika? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 21, 2012

Betui ka Ngeh ada turun sama demo di depan Kedutaan Amerika?

Aku 'ponteng' lagi demonstrasi petang ni. Ada jugak terdetik dihati nak turut serta tapi bila difikir balik, aku buat keputusan untuk tak turun walaupun ada member yang perlekeh keputusan aku tu.

Nasib baik Dr. Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada tulis pasai isu ni dan dia ada bagi 'alasan' yang cukup cantik untuk orang yang ponteng macam aku.

Aku malas nak ulang alasan tu kat sini, kalau nak tau boleh baca dan faham sendiri tulisan Dr. MAZA tu yang bertajuk "Sayang Nabi: Dari Nurani Ke Demonstrasi."
Jadinya, aku pun macam orang lain terpaksa bergantung kepada laporan media untuk tau berapa ramai yang turun, apa yang terjadi dan yang lebih penting lagi sapa-sapa pimpinan dan orang 'penting' yang turun sama berdemo.

Penting nak tau pimpinan mana yang turun tu bukan apa, pasai ada yang kata Ngeh Kor Ham, ketua DAP Perak yang dibelasah teruk pasai tweet kenyataan bangang pasai demonstrasi ni, tak cukup dengan pernyataan minta maaf, ada yang kata Ngeh nak turun sama berdemo "sebagai tanda permohonan maafnya."
[Sumber: Facebook]
Nasihat aku kat Ngeh, tak payah la nak 'berlakun' sampai tara tu. Aku takut dari rugi secupak jadi rugi segantang pulak. Kalau dia rugi sorang lantak pi kat dia la, ni ramai yang terpaksa tanggung rugi sama. Dah lama berpolitik takkan tak faham-faham mentaliti politik Malaysia.

Tapi, kalau betul Ngeh nak jugak tunjukkan keikhlasan dia minta maaf, dia patutnya turun berdemo bersama dengan Pemuda Umno di Masjid Kampung Baru. Kalau dia berani turun berdemo kat situ mungkin kut aku boleh nak 'iktiraf' keikhlasan dia minta maaf.

Tapi kalau ikut laporan mStar yang siap buat kronologi "Kronologi Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi Dewan Pemuda PAS" takdak pulak nama Ngeh disebut antara yang hadir.

Macam tu jugak dalam laporan Harakahdaily versi english  pun takdak sebut nama Ngeh, maknanya mungkin Ngeh batalkan hasrat dia tu kut.

Harakahdaily melaporkan:
Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar. - Hrkh.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...