PKR mempersoalkan tindakan kerajaan mendapatkan pegangan dalam stesen janakuasa bebas (IPP) melalui pembelian saham Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd melalui 1MDB.
Tanjung Energy dan Mastika Lagenda dimiliki oleh hartawan Ananda Krishnan dan Genting Bhd.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kos pembelian saham Tanjong pada Mac bernilai RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula sebanyak RM2.55 bilion (untuk pegangan 75 peratus) bulan lalu.
"Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion," katanya. - Mkini.
Yang pertama sekali yang aku mushkil pasai apa pulak tiba-tiba 1MDB beli saham syarikat IPP ni. Kalau atas alasan untuk 'pegangan kerajaan' patutnya saham tu dibeli masa cerita pasai betapa celakanya IPP ni riuh dulu.
Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB beli dengan harga yang tinggi. Keadilan daily melaporkan:
Genting pula mengumumkan bahawa mereka mendapat keuntungan bersih kira-kira RM1.9 bilion daripada penjualan saham mereka kepada 1MDB. Ini merupakan satu keuntungan besar, apatah lagi apabila mengambil kira keuntungan yang dibuat Genting sejak mereka beroperasi pada 1995.Yang keduanya, pasai apa pulak 1MDB yang beli. Apa kaitan pembelian saham ni dengan tujuan penubuhan 1MDB. Najib sendiri sebut tujuan penubuhan 1MDB macam kat bawah ni.
Mastika memiliki dana pemegang saham sebanyak RM422 juta, bermakna pembelian RM2.5 bilion oleh 1MDB mewakili nisbah harga-buku sebanyak 6 kali. Ini adalah lebih tinggi daripada nisbah harga-buku purata saham-saham penjana kuasa di rantau ini.
Malah, lebih murah untuk membina penjana kuasa saiz yang sama baru daripada membeli penjana kuasa milik Genting yang sudah berusia 17 tahun. - KD.
Bagi merapatkan jurang sosio ekonomi ke arah memenuhi nilai aspirasi 1Malaysia, Najib turut mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menguruskan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM100 juta pada 11 Januari lalu. - Penerangan.Aku tak nampak relevannya pembelian sahm syarikat IPP ni dengan tujuan penubuhan 1MDB melainkan kalau boleh jual elektrik kepada TNB dengan harga lebih murah dan tarif elektrik jadi lebih murah.
Tapi aku cukup yakin itu bukan tujuannya pasai kalau itu tujuan pembelian tu, tentu punya cerita tu akan disensasikan sejak dari awal lagi. Takkan Umno BN terlalu bangang nak sorok cerita yang cukup baik macam tu.
Aku yakin pembelian saham ni tentu punya ada kaitan dengan PRU13, salah satu usaha untuk Najib cari duit untuk hadapi pilihanraya.
Kalau Ananda Krishnan boleh dapat untung 1.6billion dari penjualan saham tu agak-agak berapa 'komesyen' yang akan masuk tabung pilihanraya BN.
Itu ja sebenarnya tujuan urusniaga ni dan sangat tepat macam sorang member aku bagitau, 1MDB sebenarnya ditubuhkan untuk memudahkan Najib mentiriskan duit rakyat masuk poket pemimpin Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis