Pasai apa ANAK letak harga lantai FGVH sampai RM4? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 22, 2012

Pasai apa ANAK letak harga lantai FGVH sampai RM4?

Malaysiakini melaporkan:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.

"Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara pagi tadi. - Mkini.
Satu pengumuman yang memang dinanti-nantikan terutama sekali oleh kaki demonstrasi. Ada harapan kut nak rasa lagi sekali semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Cuma yang aku sikit mushkil, pasai apa pulak ANAK bubuh harga lantai sampai RM4 untuk harga terendah saham FGVH sebelum buat demo besar-besaran, jauh sangat kut, aku rasa macam payah sikit kut nak cecah sampai harga tu.

Lagi pun harga tu terlalu murah dan kalau harga saham FGVh jatuh sampai harga tu, teruk sangat kut peneroka felda rugi.

Bagi aku harga RM4.55 lebih sesuai dijadikan harga lantai iaitu harga runcut yang ditawarkan kepada peneroka Felda, kira harga balik modai kalau tak termasuk kos pengurusan dan faedah pinjaman.

Sebelum ditutup semalam, harga saham FGVH macam kat bawah ni.


Aku yakin Najib akan buat apa saja untuk poastikan harga saham FGVH takkan jatuh dibawah paras harga runcit RM4.55 tu. Kalau jatuh dibawah paras tu memang teruk la nama Najib dikalangan peneroka.

Dengan dana awam yang ada pada KWSP dan instrumen pelaburan yang dikuasai kerajaan termasuk GLC aku rasa takdak masalah sangat kalau setakat nak maintain harga diatas harga runcit tu.

Maknanya besar kemungkinannya harga saham FGVh takkan mencecah RM4 macam harga lantai ANAK tu dan bermakna takdak la demo besar-besaran pasai Felda lagi sampai ke PRU13 nanti.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...