Khairy patutnya boleh buat lebih hebat berbanding Pemuda PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 22, 2012

Khairy patutnya boleh buat lebih hebat berbanding Pemuda PAS

Dr. Asri dalam artikel "Sayang Nabi: Dari Nurani Ke Demonstrasi" dalam blog dia ada tulis:
Saya akur demonstrasi aman bukan satu-satunya jalan dalam menyatakan perasaan. Demonstrasi juga bukan semestinya penyelesaian. Masih terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan cinta dan mempertahankan baginda s.a.w. Pada hari ini, kita boleh menulis di media, di facebook, menghasilkan video, berseni dan pelbagai lagi.

Namun, bukan semua orang mampu untuk melakukan pendekatan itu, sedangkan Nabi s.a.w itu dicinta oleh setiap muslim dari pelbagai latar belakang. Bukan sahaja yang pandai menulis dan membaca, juga yang buta huruf dan tidak bersekolah tinggi. Bukan sahaja orang muda yang aktif di media maya, juga orang tua yang uzur dan yang hanya mampu menulis di kertas sahaja.

Demonstrasi aman dapat menghimpunkan semua mereka, untuk berkongsi rasa dan menzahirkannya. Maka demonstasi aman memberi ruang kepada banyak pihak. - MindaTajdid
Aku cukup setuju dengan pendapat Dr. Asri ni. Demonstrasi adalah medan yang terbuka untuk semua melahirkan perasaan. Sapa saja boleh sertai

Macam prosa popular dalam hikayat dahulu kala:
Pukul tabuh larangan, Palu gong pelaung, Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat, Yang buta beraba-raba, Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang, Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin,Yang pekak pembakar meriam, Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam, Yang pekung penjemuran, Yang kurap pemikul buluh - Wikipedia.
Cumanya, Umno sebagai parti tunjang dalam BN yang menguasai kerajan, takkan kut boleh berpuas hati setakat berdemo saja.

Patutnya Pemuda Umno boleh jadi kumpulan pendesak kepada kerajaan supaya kerajaan buat tindakan yang lebih keras untuk menyatakan bantahan filem yang cukup rendah kualiti tapi cukup celaka tu.

Lagi satu, Khairy patutnya lebih bersungguh menganjurkan demo tu. Malang sungguh bagi Umno bila Khairy cuma sekadar buat demo tu di Masjid Kampung Baru.

Tempat yang paling tepat adalah di depan Kedutaan Amerika. Kalau takmau buat sekali dengan Pemuda PAS, Khairy boleh mula selepas Asar dan mungkin 'lebih sesuai' kalau dimulakan dengan solat hajat. Ataupun Khairy boleh pilih hari lain.

Lebih malang lagi dengan kehadiran yang cuma seramai tu. Kalau ikut Mykmu.net kehadirannya sekitar 3,000 orang walaupun gambar yang keluar macam kat bawah ni tak menggambarkan kehadiran sebanyak tu. Tu pun jauh dari sasaran Khairy seramai 5,000 orang.

Sebagai Ketua Pemuda parti yang jadi tulang belakang kerajaan persekutuan, Khairy patutnya boleh tarik lebih ramai peserta dari kalangan Pemuda Umno khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Khairy patutnya guna kaedah yang sama yang diguna untuk pastikan ramai ahli Pemuda Umno hadir dalam program-program anjuran Umno dan anjuran kerajaan.

Kalau program parti dan kerajaan, Umno boleh cari peruntukan sekian-sekian banyak untuk kos pengangkutan, makan minum dan duit poket peserta, patutnya untuk tunjukkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad, Khairy kena cari peruntukan lebih lagi untuk demo tu.

Kalau perlu buat cabutan bertuah dengan hadiah lumayan untuk pastikan ramai ahli Pemuda Umno hadir, mungkin Khairy patut cuba gunakan kaedah tu kalau pun mungkin tak perlu sampai tahap jemput kumpulan Kpop.

Kalau nak banding dengan kehadiran di Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi yang di depan Kedutaan Amerika memang nampak sangat perbezaannya.

Sekeping gambar ni pun dah cukup untuk nampak perbezaannya.
Tu belum lagi dicampur dilokasi-lokasi lain di seluruh negara.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...