Najib dalam usaha nak 'mengorat' duit Taib Mahmud? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 23, 2012

Najib dalam usaha nak 'mengorat' duit Taib Mahmud?

Malaysiakini melaporkan:  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

"Jangan kita layan," katanya lagi.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion. - Mkini.
Pada aku kenyataan Najib ni lebih kepada nak jaga hati Taib Mahmud. Realiti sekarang ni Najib memang memerlukan sokongan padu dari Taib Mahmud.

Di pihak Taib Mahmud pulak, dia berada dalam keadaan yang cukup selesa. Dia tetap akan jadi Ketua Menteri tak kira samada BN menang atau kalah di peringkat persekutuan.

Tambah pulak dengan 35 orang Adun dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang Taib Mahmud ketuai, takdak apa yang dia perlu risau.

Aku rasa kenyataan Najib tu sebahagian dari usaha Najib untuk 'mengorat' duit Taib Mahmud untuk tabung dana pilihanraya BN.

Tambah-tambah cubaan Najib untuk dapat dana hasil penyenaraian saham FGVH di bursa saham macam didakwa sesetengah pihak nampaknya tak berapa nak menjadi bila harga saham tu di bawah RM5.

Aku rasa kalau Taib Mahmud boleh bagi dana PRU13 untuk Sarawak saja pun dah cukup ok bagi Najib.

Aku cukup setuju dengan andaian Lim Kit Siang macan yang dilaporkan Malaysiakini:
DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang. - Mkini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...