Salahuddin memang patut takut dengan Azalina Othman? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 26, 2012

Salahuddin memang patut takut dengan Azalina Othman?

Ada satu blog penchachai Umno BN tulis:
Agaknya Salahuddin takut nak berentap dengan Azalina sebab takut kena tae kwan do dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu. - Agendadaily.
Kalau Azalina ajak Salahuddin Ayub lawan tae kwan do memang patut sangat kalau Salahuddin takut nak sambut. Pasai kalau menang pun orang akan kata Salahuddin bangang, kalau kalah lagi la sedap kena belasah.

Dan kalau tengok ke bentuk badan nampak macam Azalina lagi tough berbanding Salahuddin. Lagi pun Azalina ada 'blackbelt kaler biru', Salahuddin aku rasa takat silat pulut boleh la kut.
Tapi bab nak berdebat takdak masalah untuk Salahuddin berdebat dengan Azaliuna cumanya, memang patut sangat macam yang Salahuddin kata, dia lebih sesuai berdebat dengan Ghani Othman.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan beliau hanya akan berdebat berkenaan isu di Pangerang dengan menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, dan bukan Datuk Seri Azalina Othman.

Jelas Salahuddin, debat antara beliau dan Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap nasib penduduk Pengerang kerana kuasa berhubung tanah terletak di bawah kuasa MB.

“Saya hanya akan berdebat dengan MB Johor. Itu boleh beri kesan kepada nasib penduduk.

“Azalina biar beliau berdebat dengan pengerusi Himpunan Hijau Lestari, Anis Afida Mohd Azli,” kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi kepada pemberita hari ini. - TMI.
Memang sesuai sangat Salahuddin sebagai calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat berdebat dengan Ghani Othman, menteri besar Johor sekarang.

Kecuali la kalau Umno BN nak tukar menteri besar  dan umumkan Azalina sebagai calon menteri besar Johor yang baru kalau Umno BN masih lagi menang di Johor lepas PRU13.

Apa pun, aku harap MANTAP di bawah Salahuddin Ayub boleh menjawab isu berkenaan pampasan yang Azalina bangkitkan macam dilaporkan mStar.
"Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah itu.

"Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan ialah RM8 sekaki persegi," - mStar.
Apa pun, memang nampak jelas yang Azalina cukuip risau dengan Himpunan Hijau Pengerang Lestari yang akan diadakan pada hari Ahad ni, 30 September 2012.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...