Teringin jugak nak tengok apa gula-gula yang "Santa Klaus" nak tabur untuk menghadapi PRU13 nanti yang aku boleh dapat.
Aku pun baru nak tengok apa sebenarnya isi belanjawan yang Najib bentang tu. Jadinya, dari aku sekadar kopipes membabibuta, lagi elok rasanya aku kopipes dulu ringkasan belanjawan cadangan dari Pakatan Rakyat yang dah dibentangkan sebelum ni untuk dibuat bandingan.
Rumusan Belanjawan PR 2013Nanti lepas ni aku try cari dan kopipes ringkasan belasnjawan 'Santa Klaus' pulak... Hahaha...
Jumlah belanjawan = RM233 B
Pendapatan = RM134.6 B: cukai langsung (RM102.3 B) & cukai tidak langsung (RM32.4 B).
Pendapatan bukan cukai = RM56.8 B, lesen & permit (RM13.9 B), pelaburan (RM36.7 B) dll (RM6.2 B)
Pendapatan keseluruhan = RM191.5 B.
Defisit = 3.5%
Anggaran = Pertumbuhan ekonomi 5.2%
Tujuh teras utama digariskan oleh belanjawan;
1) reformasi dan ketelusan GLC
2) membina daya saing ekonomi
3) mengangkat martabat wanita
4) hasil minyak untuk negeri
5) menurunkan harga kereta
6) reformasi membanteras jenayah
7) perumahan untuk rakyat.
Tawaran baru:-
1) Peruntukan RM3 B setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
2) Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
3) Reformasi GLC termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
4) Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
5) Penurunan cukai eksasis kereta 20%, sistem bidaan AP terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
6) Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah & kenaikan gaji 5% kpd polis.
7) Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
- Sumber: Email DPPM
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis