Hishamuddin nafi tapi Malaysiakini ada bukti rakaman | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 15, 2012

Hishamuddin nafi tapi Malaysiakini ada bukti rakaman

Macam yang aku tulis sebelum ni Malaysiakini melaporkan:  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang. - Ibid.
Hishamuddin Hussien dalam tweet dia, tak mengaku dia ada kata macam tu dan dia tuduh Malaysiakini putarbelit kenyataan dia.

Untuk jawab tuduhan Hishamudin tu Malaysiakini keluarkan transkrip kenyataan Hishamuddin kepada Malaysiakini
Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?

Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...

This is politics. Politics is all about the risks.

If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku. - Malaysiakini.
Tak cukup denga transkrip, Malaysiakini bagi link audio kenyataan Hishamudin yang depa rakaman di Soundcloud Malaysiakini

Yang lebih jelas lagi, penafian Hishamuddin tu dinafikan oleh kejadian yang berlaku di Sembrong, kawasan parlimen yang diwakili Hishamuddin sendiri.

Keadilandaily melaporkan:
Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang.
Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi.

“Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis,” katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan.

Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda.

“Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong? - KD.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...