Bukti kebenaran kata-kata Dr. Mahathir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 13, 2012

Bukti kebenaran kata-kata Dr. Mahathir?

Blog Mutaligat tulis:
Sudah lama juga Umno tidak mengacau ceramah PAS di Bukit Katil. Seingat kami ceramah Tamrin dan Mahfuz di Kg Bukit Katil dalam bulan puasa baru-baru ini pun tidak diganggu.

Namun sebaik sahaja puasa tamat, Umno kembali buat perangai tidak bertamadun dan kebudak-budakan menganggu ceramah PAS di Kg Bukit Palah malam tadi.

Sejak dari awal lagi Umno memasang khemah hanya kira-kira 100 meter dari tapak ceramah PAS. Memang khianat dan jahat puak-puak UMno. Memang layaklah Dr Mahathir menggelarkan Umno/BN sebagai Syaitan yang dikenali. - Mutaligat.  
Semua orang sedia maklum baru-baru ni Dr. Mahathir ada keluarkan satu statement yang sangat sensasi lagi kontroversi. Dr. Mahathir kata BN tu macam syaitan. Kecuali la yang cuma harapkan berita dari TV dan Utusan memang taktau kut.

Malaysiakini melaporkan:
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya. - Mkini.
Memang tak heran la kut kalau depa 'cuti' sebulan pasai ada hadith nabi yang kata syaitan diikat dalam bulan ramadhan.

Fenomena ni aku rasa bukan di Melaka saja dan bukan untuk ahli peringkat bawah saja, peringkat tertinggi parti pun lebih kurang sama 2 X 5.

Sebaik saja masuk syawal depa terus buat parti tari menari macam video kat bawah ni. Aku yakin ramai yang tengok video ni tapi saja aku salin tampal kat sini sebagai kenang-kenangan dan untuk rujukan dihari muka... Hahaha...


Video kat bawah ni lagi mengancam.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...