Kedah tiru, Kelantan ikut, Selangor lawan, Penang tak tentu lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 13, 2012

Kedah tiru, Kelantan ikut, Selangor lawan, Penang tak tentu lagi?

Malaysiakini melaporkan:
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Mkini.
Semalam Bernama pula melaporkan:
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri ini.

"Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menang kenapa tidak? Kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar DUN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat xxco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan. - Mkini.
4 negeri yang diperintah PR tapi berbeza keputusan dalam bab bila nak bubarkan DUN. Inilah bezanya Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. BN sentiasa nampak macam seiya sekata walaupun dalam hati mungkin ada yang tak setuju berbanding Pakatan Rakyat yang boleh bersetuju untuk berbeza pendapat.

Selangor macam sebelum ni, lawan pusat bertegas untuk tak buat pilihanraya serentak atas alasan tak puas hati dengan Daftar Pemilih di Selangor yang terlalu meragukan.

Kelantan pulak bertegas nak buat serentak ikut pusat dan aku yakin TG Nik Aziz tetap dengan hujah dia takmau berlaku pembaziran kalau buat pilihanraya berasingan.

Pulau Pinang nampak macam cuba bermain selamat, belum buat keputusan lagi, jadinya tak perlu bagi alasan pun takpa.

Antara 4 negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat tu, komen dari Menteri besar Kedah, Ust Azizan yang paling menarik sekali untuk diulas.

Jawapan yang rasanya macam nak tirui apa yang Najib dan semua Perdana Menteri amalkan selama ni. Yang Najib sampai hari ni tak berani nak bubar parlimen tu pasai "tengok keadaan, ikut angin boleh menang" la..

Nampak macam jawapan Ust Azizan tu tak senada dengan tuntutan yang selalu pimpinan Pakatan Rakyat sebut supaya tarikh pilihanraya tak disorok tapi diumumkan awal.

Tapi, bila ditengok balik, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pun tak senada dengan tuntutan tu, tak berani umumkan tarikh pilihanraya.

Tapi yang aku mushkilnya, pasai apa pulak nak kena bubarkan Dun atau Parlimen awal, bagi sampai cukup tempoh 5 tahun la.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...