Tanpa projek petrokimia, Pengerang akan kekal sebagai kampung nelayan "untuk seribu tahun lagi" dengan masyarakatnya kerugian ribuan pekerjaan dan pembangunan bernilai tinggi, kata Kumpulan Dialog.
Tetapi dengan projek itu, menurut pengerusi syarikat itu Ngau Boon Keat, kampung itu dijangka membangun seperti Jurong, Singapore pada 15 tahun lagi.
"Jika kamu tidak lakukan sesuatu, kamu akan kekal sebagai perkampungan nelayan untuk seribu tahun lagi. - Mkini.
Alasan yang pada aku cukup celaka dari orang kaya yang nak rampas tanah orang miskin. Cukup angkuh sambil menghina.
Yang bangangnya, orang kaya tu tak terfikir ka apa sangat yang orang kampung di Pengerang yang akan kena 'halau' tu dapat kalau kampung depa jadi sehebat Jurong di Singapura.
Boleh la kut dapat pampasan, tu pun katanya pampasan tu sangat tak setimpal dengan projek yang akan dibangunkan yang katanya lebih 50billion.
Tak payah buat projek tu di Pengerang pun orang Pengerang ada harapan bekerja kat situ kalauu ada kelulusan yang diperlukan, tambah-tambah la kalau ada kabel orang dalam. Bukan orang Pengerang pun boleh 'menikmati' pembangunan di Pengerang kalau kena dengan caranya.
Siatuasi yang akan jadi pada orang kampung di Pengerang mungkin sama macam yang selalu Mat Sabu cerita dalam ceramah dia dulu-dulu. Cerita pasai orang Penang yang dah pindah duduk di Bukit Mertajam bawak anak dia pi makan angin di Penang.
"Hang tengok kondo berpuluh tingkat tu, hebat dak? Tapak kondo tu la dulu rumah tok hang kalau hang nak tau" Yang si anak pulak jawab "Oooooooo...."
Suka aku nak mencadangkan kepada Salahuddin Ayub yang baru dipertanggungjawabkan sebagai mengetuai pasukan khas isu RAPID Pengerang supaya buat sekali lagi Demo RAMPAS macam poster kat atas ni sebelum PRU13.
Aku yakin kalau buat demo RAMPAS sekali lagi, memang jem pekan Pengerang. Demo bulan 5 hari tu promosi tak berapa nak power kut, pasai tu aku pun tak perasan demo tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis