Ust Azizan dan Kerajaan Negeri Kedah buat hal lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 06, 2012

Ust Azizan dan Kerajaan Negeri Kedah buat hal lagi?

MalaysianInsiders melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Kedah, Tan Keng Liang berkata, perbezaan tema Hari Kebangsaan antara kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah dengan negeri PR yang lain adalah petanda bahawa pakatan pembangkang itu diambang perpecahan kerana tidak dapat bersatu dalam perkara seperti ini.

“Mereka bukan sahaja berbeza dengan tema Hari Kebangsaan di peringkat persekutuan, mereka juga berbeza dengan tema dengan negeri-negeri PR yang lain.

“Ini seolah-olah mahu menjadikan Kedah seperti sebuah negara yang lain kerana melakukannya berasingan, dan ini tidak seharusnya berlaku,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider petang tadi.

Menurut beliau, tema hari kebangsaan seharusnya menyatupadukan rakyat Malaysia, bukan memisahkan mereka dengan ideologi mereka.

Tema hari kebangsaan di negeri Kedah ialah “55 Tahun Merdeka Terus Berbakti”, manakala tema hari kebangsaan di negeri-negeri yang diperintah PR ialah “Sebangsa, Sejiwa, Senegara”. - TMI.
Memang dah agak dah akan keluar statement macam ni dari pembangkang di Kedah.

SinarHarian melaporkan:

[Sumber: SinarHarian]
Kalau tanya aku, aku takdak masalah untuk setuju dengan keputusan Kerajaan Negeri Kedah tu ata 2 alasan. Yang pertama sebab tema tu dah diumumkan jauh lebih awal pada 17 Julai lagi dan sebab kedua sebab persiapan dengan tema tu dah pun dibuat yang tentunya akan jadi pembaziran kalau terpaksa tukar tema.

Tapi kalau Kedah setuju untuk guna tema baru pada aku lebih baik, walaupun dah diumumkan lebih awal dan akan berlaku sedikit pembaziran tapi itu mungkin harga yang perlu dibayar untuk memperbaiki persepsi kerajaan negeri kedah dan jugak Ust Azizan sebagai Menteri Besar terutama sekali dikalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Satu peluang yang cukup baik untuk Kedah dan Ust Azizan tapi dipersia-siakan. Aku harap keputusan tu bukan pasai Kedah dan Ust Azizan saja nak tunjuk ego.

Cuma yang aku mushkilnya pasai apa dalam bab tema Hari kebangsaan ni, Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Cikgu Mustafa Ali yang nampak lebih ke depan, tak pulak sebut langsung pasai Kerajaan Kedah dah ada tema sendiri sebelum ni.

Nampak sangat ujudnya 'miss comunication' kat sini dan lebih malang lagi nampak macam depa dua ni macam langsung tak dimaklumkan pasai tema “55 Tahun Merdeka Terus Berbakti”  ni.

Pada 1 Ogos, Sinarharian melaporkan:
ALOR SETAR - Buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza bakal digunakan - di kedua-dua peringkat negeri dan pusat ekoran rasa tidak puas hati dengan tema dipilih oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya akan memilih tema untuk digunakan di peringkat negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. - Sinarharian.
Sebelum tu pada 31 Julai, Harakahdaily melaporkan
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian. - Hrkh.
Yang aku mushkilnya pasai apa langsung tak timbul tema Kedah “55 Tahun Merdeka Terus Berbakti” sehinggalah Ust Ghani buat kenyataan?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...