Takkan kut polis ada melantik 'kontraktor keselamatan' masa Bersih 3.0? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 13, 2012

Takkan kut polis ada melantik 'kontraktor keselamatan' masa Bersih 3.0?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Tiada polis cedera dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) pada 28 April di tengah ibu kota, berbeza dengan laporan kecederaan teruk pegawai polis yang didakwa menjadi punca polis menyerang balas, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu.

Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar).

“Jika ada yang tercedera, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk para pegawai memberitahu saya, tetapi saya tidak mendapat sebarang maklumat,” katanya lagi. - TMI.
MalaysianInsider juga melaporkan:
Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

“OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut,” kata Ahamad.

Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan.

Ahamad, yang merupakan ketua unit agama dan kaunseling polis, berkata dia cuma diberitahu insiden itu selepas ketuanya memberitahunya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. - Ibid.
Kalau takdak anggota yang cedera, sapa pulak yang pandu kereta polis yang rempuh penunjuk perasaan di depan Sogo tu. Nampak jelas punya teruk pemandu kereta polis tu kena belasah takkan tak cedera langsung.

Takkan yang pandu kereta tu bukan anggota polis kut. Takkan kut polis ada melantik 'kontraktor keselamatan' macam Amerika buat masa perang teluk kot.

Lagi satu, mana mungkin anggota polis berani nak mengganas sampai macam tu kalau takdak arahan. Suhakan kena siasat siapa sebenarnya yang keluarkan arahan supaya anggota polis mengganas dikhalayak ramai sampai macam tu sekali.

MalaysianInsider juga melaporkan
Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi.

“Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas.

“Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang.

“Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.- Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...