Kalau tanya Harussani silap-silap undi PAS pun dia boleh kata haram | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 13, 2012

Kalau tanya Harussani silap-silap undi PAS pun dia boleh kata haram

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah. - Sinarharian.    
Rupa-rupanya mufti Perak ni memang hebat, aku pun tak pasti sejak bila tapi nampaknya dia dah jadi jurucakap kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tak pasti pulak aku jurucakap secara rasmi akau tak tapi rasanya lebih kurang macam tu jugak la kut keputusannya kalau Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pasai isu ni.

Kalau ditanya kat bekas SB yang dinaik pangkat jadi mufti ni memang tak heran kalau dia jawab macam tu, malah kalau dia jawab lebih hebat dari tu pun aku langsung tak heran.

Contohnya dia syarahkan lagi bab haram tu sampai akhir kesimpulannya membawa kepada bukan setakat undi DAP tapi undi PAS pun haram jugak adanya.

Pada aku, Mufti yang asalnya SB sorang ni tak jauh beza dengan kebanyakkan bloggers Umno, cuma mungkin tak sampai tahap suka maki orang dan suka cerita prono ja, kalau ciri tu pun ada memang sama standard, nak pastikan Umno BN terus kekal berkuasa supaya depa dapat 'tumpang rezeki' dari Umno BN... Hahaha...

Dengan Harussani ni aku tak boleh lupa statement dia "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini." yang lepas tu Dr. Asri secara sinis soal "Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?"


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...