Takdak masalah kalau ada gerakan nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 23, 2012

Takdak masalah kalau ada gerakan nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia?

mStar melaporkan:
KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Mentero, Datuk Seri Nazri Aziz mengulangi bahawa Akta Keterangan Seksyen 114A akan dikekalkan, beliau berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan negara.

“Kerajaan tidak mahu Akta untuk menganiaya orang yang tidak bersalah.

“Pindaan (Seksyen 114A) akan kekal kerana terdapat perkara yang lebih serius seperti keganasan, yang memerlukan pindaan untuk melindungi keselamatan negara.

“Saya akan teragak-agak untuk membentangkannya sekiranya saya tidak fikir ia boleh digunakan untuk melindungi negara dengan baik,” kata Nazri pada sidang media di sini. - mStar.
Mkini pulak melaporkan:
Polis tidak akan menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasat Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' berhubung pengeluaran artikel yang menyentuh sensitiviti agama.

Ini kerana seksyen 114A merujuk kepada prosedur dalam cubaan membuktikan jenayah di mahkamah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah .

“Buat permulaan, kami menyiasat kes ini bawah Seksyen 233 bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kami akan menyiasatnya dan kemudian menyerahkan hasil siasatan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.
Dari 2 laporan berita tu kita boleh buat kesimpulan yang kalau betul DAP atau sesiapa saja memang berhasrat dan buat kerja untuk jadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia langsung tak gugat keselamatan negara.

Kalau tindakan macam tu menggugat keselamatan negara patutnya memfirnah orang buat tindakan macam tu pun sepatutnya dianggap menggugat keselamatan negara dan harus disiasat.

Maknanya lepas ni kalau ada gerakan nak jadikan kristian sebagai agama rasmi Malaysia, jangan pulak ada mana-mana pihak terutama sekali jenih yang macam PERKASA dan yang sewaktu dengannya pandai-pandai nak dakwa gerakan macam tu mengancam keselamatan negara.

Aku kadang-kadang naik kesian bila baca kenyataan BANGANG dari menteri-menteri yang Najib lantik ni. Depa ni kadang-kadang macam terpaksa bagi alasan BANGANG untuk mempertahankan dasar dan keputusan kabinet Najib.

Macam alasan bangang Nazri Aziz tu, langsung tak sesuai gunakan alasan 'keselamatan negara' nak mempertahankan pindaan Seksyen 114A tu, tak logik langsung nak mempertahankan undang-undang yang cukup mudah untuk disalahgunakan tu konon untuk melindungi keselamatan negara.

Yang sebenarnya bukan untuk lindungi keselamatan negara tapi untuk lindungi keselamatan Umno BN.

Alasan Nazri macam yang dilaporkan Bharian lagi BANGANG
KUALA KANGSAR: Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan yang dibentang di Parlimen pada April lalu akan kekal bagi melindungi keselamatan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pembangkang sendiri tidak bersungguh-sungguh menentang pindaan akta itu. - Bharian.
Alasan ni bukan saja BANGANG tapi dah boleh masuk kategori celaka dah rasanya. Kalau betul pun  pembangkang tak sungguh-sungguh menentang pindaan akta tu tak sepatutnya boleh dijadikan alasan untuk mengekalkan undang-undang yang boleh menganiaya rakyat macam tu.

Nampak sangat Umno BN buat pindaan tu atas sebab kepentingan politik bukannya untuk keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...