KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) hari ini medesak peguam negara (AG), Tan Sri Abdul Ghani Patail agar menggunakan pindaan seksyen 114A, Akta Keterangan untuk mendakwa pemuda Umno berhubung dengan satu gambar yang dipapar dalam laman Facebook rasmi pergerakkan tersebut mengatakan bahawa undi untuk Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan agama Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.
Menurutnya, ini bagi membuktikan bahawa pindaan akta tersebut akan digunakan terhadap semua pihak dan bukan hanya kepada musuh politik Barisan Nasional (BN).
“Kami mendesak AG, oleh kerana beliau mempertahankan pindaan Akta Keterangan agar mendakwa pemuda Umno diatas paparan gambar tersebut. - TMI.
Tak lama lepas tu Malaysiakini pelak melaporkan:
Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.Satu tindakan politik yang cukup cantik oleh Khairy, bab ni dia memang patut dipuji, bacaan politik dia memang boleh tahan.
Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng (kiri) yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.
Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.
Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.
Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan. - Mkini.
Cumanya aku yakin takdak penyokong Pakatan Rakyat yang akan tertawan dengan aksi politik dia tu. Pasainya swemua orang tau kalau dia didakwa tentu punya dia akan dibebaskan oleh mahkamah. Sapa pun kalau duduk di tempat Khairy berani buat macam tu.
Takkan la Peguam Negara berani nak bagi Khairy yang masih berjawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia, kalah dan dihukum oleh mahkamah. Kecuali la kalau ada komplot dari kem Najib nak jatuhkan dia dari jawatan Ketua Pemuda Umno.
Jadinya pada aku, tindakan Khairy ni tak lebih dari sekadar cubaan dia untuk jadi anak jantan.
Berbalik kepada pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tu, yang pengamal media terutamanya bising tu pasai akta tu mudah sangat untuk disalahguna dan jugak lebih cenderung untuk menganiaya orang yang tak bersalah.
Sepatutnya kalau ikut semangat undang-undang, semua orang tidak bersalah kecuali selepas dibuktikan bersalah tapi Seksyen 114A terbalik, setiap orang senang-senang dianggap bersalah dan dia pulak terpaksa turun naik mahkamah untuk membuktikan yang dia tak bersalah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis