Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.
Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.
"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah ketika dihubungi Malaysiakini. - Mkini.
Ya ka bukan laman Facebook page rasmi? Boleh percaya ka?
Kalau yang tu bukan facebook rasmi Pemuda Umno Malaysia, mana yang rasmi punya. Takkan la Pemuda Umno Malaysia yang ada Pengerusi Unit Media Baru tapi takdak Facebook Page rasmi.
Mana cukup kalau takat facebook profile biasa yang boleh ada kawan lebih kurang 5k saja. Takkan Pemuda Umno yang ada ahli mungkin hampir sejuta boleh berpuashati dengan pafebook profile biasa. Langsung tak logik.
Kalau tanya aku, aku lebih selesa untuk percaya yang Facebook page tu memang Facebook page rasmi Pemuda Umno Malaysia tapi terpaksa dikorbankan facebook tu untuk memperbaiki persepsi yang rosak teruk sebab update bangang tersebut.
Bawah ni beberapa screenshot menarik dari facebook page berkenaan.
Harian keywork "Pemuda Umno Malaysia" |
Angka Like dah lebih 52 ribu |
Diujudkan pada 26 Disember 2009 dan update pertama pada 29 Disember 2009 |
Apa pun, aku harap Pemuda Umno tak berhenti setakat laporan polis tu ja. Aku harap Khairy Jamaluddin ada cukup keberanian untuk dedahkan siapa sebenarnya dibelakang facebook ni. Dengan kecekapan dan kecanggihan yang ada pada PDRM aku yakin mudah sangat kalau takat nak kesan sapa yang create facebook tu dan sapa yang manage facebook tu.
Lagi hebat kalau Khairy berani pastikan sapa yang buat update bangang tu didakwa di bawah akta hasutan. Tobat lahom tak berani... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis