PUTRAJAYA: Jangan jadikan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai satu polemik atau isu politik dan emosional sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, isu itu tidak seharusnya mengambil alih kepentingan agenda transformasi politik dalam beberapa undang-undang berkaitan isu keselamatan kerana apa yang lebih penting ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Terdapat banyak kekecewaan di pihak orang ramai berkaitan perkara ini di ruang siber, namun sebaliknya di alam realiti, kerana mereka tidak diberi penjelasan dan maklumat yang betul.
"Kita sentiasa bersifat terbuka dalam melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap undang-undang malah akan memansuhkannya, jika itu yang orang ramai inginkan. - mStar.
Dari apa yang Hishamuddin kata tu memang nampak jelas membayangkan yang Hishamuddin mengakui keseluruhan transformasi politik yang Najib tengah buat tu gagal.
Kalau nak diikutkan, transformasi yang cuba Najib buat tu bukannya kecik tapi transformasi besar. Pemansuhkan ISA boleh ditafsirkan sebagai kerajaan mengaku bersalah pasai mengekalkan akta yang selama ni zalim. Satu tindakan yang juga seolah-olah memperlekeh Perdana Menteri sebelum-sebelum Najib yang mengekalkan akta zalim warisan penjajah tu.
Macam tu jugak pemansuhan akta berkaitan demonstrasi dan perhimpunan aman. Satu tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai kekalahan ditangan demonstrasi terutamanya ditangan jawatankuasa BERS✔H yang berjaya memalukan kerajaan Umnbo BN di mata dunia dengan kejayaan siri himpunan BERS✔H.
Macam tu punya besar transformasi politik yang Najib buat tapi nampaknya rakyat macam langsung tak hargai malah mencemuh Najib sebab dikatakan nampak macam tak serius buat transformasi terutama sekali bila masih belum bebaskan semua tahanan ISA walaupun akta tu dah pun dimansuhkan. Macam tu jugak dengan Akta Perhimpunan Aman yang dianggap masih cuba menyekat hak demokrasi rakyat.
Transformasi politik yang bagi Umno BN mungkin cukup hebat tu boleh ditenggelamkan cuma dengan isu pindaan satu seksyen dari satu akta saja.
Apa pun, terima kasih Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin pasai mengakui kegagalan transformasi politik Najib dan dalam masa yang sama secara tak langsung mengakui kuasa rakyat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis