Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.
Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.
Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit. - Fb Mazlan Aliman.
Kesian kat peneroka terutama sekali generasi pertama yang rata-ratanya dah tua-tua belaka yang fikir dengan dapat saham FGVH depa mungkin boleh dapat 'pencen'. Rupanya bukan 'pencen' yang depa dapat tapi surat tuntut bayar hutang dari bank.
Mazlan jugak tulis:
Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....Sementara tu, Isa Samad Pengerusi Felda masih lagi mendendangkan lagu 'janji ditepati' yang langsung tak meyakinkan kepada peneroka Felda
Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka...
Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.
Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda! - Ibid.
Keyakinan pelabur terhadap Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) dijangka akan bertambah dalam masa terdekat, sekaligus akan membawa kepada peningkatan harga sahamnya di Bursa Malaysia.Boleh berangan ja la Isa Samad, kalau pelabur percaya takkan saham tu turun tak naik-naik. Memang bangang la kalau ada pelabur yang percaya dengan FGVH selagi yang jadi pengerusi Felda tu Isa Samad, orang yang pernah kena gantung dalam Umno sebab rasuah.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata berdasarkan rekod keuntungan yang dicatatkan FGVH sebelum ini, beliau yakin ia akan merangsang pihak pelabur untuk membeli saham FGVH.
"Dari segi harga saham, pada masa sekarang memang ada penurunan tapi ini satu perkara yang berlaku pada semua syarikat dan sudah pasti pihak pelabur akan melihat perkembangan FGVH pada masa akan datang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di Port Dickson hari ini. - Mkini.
Kat bawah ni rupa graf terkini saham FGVH yang mungkin agak menggiurkan kalau tengok dalam cermin. Hahaha...
Sumber: FGVH di Bursa Malaysia |
Di bawah ni pulak janji masa Muhyiddin jadi MB Johor
Sumber: FB Awang Janggut
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis