Awal abad ke 21 menyaksikan pertembungan diantara agamawan dan sekularis. Kemenangan besar di kelantan dan Terengganu menyebabkan PAS merasakan bahawa orang Melayu sudah menerima perjuangan agama. Lantas mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melaksanakan apa yang mereka fikir diperlukan oleh orang Melayu.
Tapi mereka tersilap dan akibatnya, Terengganu kembali ketangan Umno dan Kelantan hampir-hampir tewas.
Tahun 2008, Umno hampir tewas dan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Sekarang PR memerintah di 4 negeri.
Selepas 2008, keadaan sudah terbalik. Kalau dulu, Pas yang menjuarai isu agama, sekarang ianya sudah diambil alih oleh Umno…dan Umno mengharapkan isu-isu agama akan berjaya menarik minat orang Melayu supaya kembali menyokong Umno.
Semua para agamawan didalam Umno dikerahkan untuk bersuara. Dari Imam muda sampai imam tua..semuanya bercakap tentang Islam. Dalam keghairahan untuk menonjolkan siapa lebih Islam, maka bermacam-macam fatwa dikeluarkan sehingga orang Melayu tak tau sapa yang hendak dipercayai lagi.
Umno telah berjaya mengurangkan kepercayaan orang Melayu terhadap agama. Sekarang ini, cakap-cakap Mufti dan Imam Muda dibakulsampahkan begitu saja oleh orang-orang yang pro-Pakatan manakala hujah-hujah yang dikeluarkan oleh para agamawan Pakatan diperlekehkan oleh orang-orang pro-Umno. Manakala yang ditengah tak tau sapa yang betul. Malah khutbah Jumaat pun sudah terlalu kerap diperlekehkan.
Kedua-dua belah pihak, Pas dan Umno sedang bergelut untuk menjadi siapa juara Islam sebenarnya. Apakah itu yang diperlukan oleh orang Melayu ?
Apakah orang Melayu memerlukan juara Islam…atau juara rakyat? Ketika rakyat sedang berhadapan dengan kos hidup yang semakin meningkat, paras kemiskinan yang semakin meningkat, kadar jenayah yang semakin tinggi..apakah kita memerlukan Hudud atau Negara Islam?
Baca artikel sepenuhnya di MediaPerak.com.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis