Pemuda Umno pun dah main cara bangsat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 20, 2012

Pemuda Umno pun dah main cara bangsat

TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, Ogos 19 - Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).” - TMI.  
Aku ingat cara bangsat macam ni cuma mainan blogger penchachai cybertroopers Umno BN yang minat dengan fitnah dan prono saja, tapi rupa-rupanya penyakit tu dah berjangkit ke Pemuda Umno.


Tapinya, aku langsung tak yakin permainan bagsat macam tu akan untungkan Umno. Mainan macam tu mana sesuai melalui media baru Internet. Malah kempen cara bangsat macam ni mungkin boleh 'terpaling hanjap' jadi senjata makan tuan.

Kalau guna kaedah 'bisik-bisik' dari rumah ke rumah mungkin la sesuai, tapi nak kena jaga-jaga jugak. Nak kena pastikan rumah yang hangpa nak pi tu takdak internet. Bukan apa, aku takut hangpa pi nak kempen sambil sebar risalah, takut nanti hangpa pulak tak tahan telinga kena kempen balik sambil terpaksa bawak balik risalah.

Apa pun, aku rasa mainan bangsat ni diluar pengetahuan dan kawalan Khairy Jamaluddin tapi sebagai ketua Pemuda Umno dia kena jaga tindak tanduk anak buah dia.

Pasainya mainan politik cara bangsat ni boleh menggugat keharmonian kehidupan beragama yang cuba Najib terapkan selama ni.

Sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy yang selama ni nampak ada kematangan dalam dia berpolitik kena kerap sikit pantau anak buah dia terutama sekali di media baru. Lagi pun, angsung tak sesuai mainan cara bangsat macam tu dengan corak mainan politik Khairy Jamaluddin.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...