Hebat sangat ka Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 12, 2012

Hebat sangat ka Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri ni?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya. - Hrkh.   
Akhirnya anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba ni masuk PAS jugak. Satu berita yang aku yakin sangat-sangat ditunggu oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional lebih dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Patutnya dah lama Tamrin ni masuk PAS pasai dah lama sangat dah dia berceramah naik pentas PAS termasuk hadir di program-program besar PAS termasuk Muktamar dan Mesyuarat Agung.

Pada aku, Tamrin masuk PAS ni dah nampak macam anticlimax, dah tak patut diheran. Yang kita patut heran kalau dia sampai ke sudah tak masuk PAS.

Aku taktau tara mana kesannya Tamrin masuk PAS ni tapi aku rasa kesannya tak banyak mana. Nampak macam Abby Abadi masuk PAS lagi bagi kesan besar dari Tamrin masuk PAS.

Lain la, kalau Tamrin boleh tarik ahli dan penyokong Umno masuk PAS ramai-ramai lepas ni terutama sekali di kawasan Batu Berendan yang di pernah jadi Ahli Parlimen 2 penggal tu.

Kalau takat masuk sorang-sorang macam tu, boleh la kut takat nak tambah sikit-sikit undi untuk PRU13, tu pun kalau ada.

Kalau ikut sejarahnya macam yang tertulis dalam wikipedia:
Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.

Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tengku Razaleigh Hamzah; Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ; Datuk Zaid Ibrahim ; Datuk Seri Ong Tee Keat;Datuk S. Subramaniam ; Datuk Seri Wilfred Bumburing; Datuk Seri Bujang Ulis; Datuk Mazlan Harun ;dan Datuk Seri Daniel Tajem.[1] - Wikipedia.
Aku harap takdak pemimpin dan ahli PAS yang pasang angan-angan nak jolok Tamrin sebagai bakal calon Ketua Menteri Melaka pulak, langsung tak sesuai. Kalau takat nak jolok nama dia untuk jadi calon di kerusi kubu kuat Umno mungkin kut ada sikit relevannya.


Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...