Ebook Hudud oleh Pemuda PAS Malaysia - komen dari 'muslim yang jahil' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 30, 2012

Ebook Hudud oleh Pemuda PAS Malaysia - komen dari 'muslim yang jahil'

Mula-mula sekali, bagi "yang berkenaan", tolong baca tajuk kat atas tu sekali lagi secara berlapis. Baca isi tentu boleh faham.

Yang keduanya, aku kopipes tulisan MSK kat bawah ni pasai nak 'sebarluaskan' persepsi orang macam MSK bila baca ebook Hudud yang diterbitkan oleh Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia tu.

Bagi yang tak baca lagi boleh klik "Ebook Hudud - Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim untuk disebar luaskan, aku emmbed ebook tu kat dalam posting tu. Boleh download kat sana.

Takdak masalah coryright untuk tujuan sebaran pasai dalam email, penulis ebook Dr. Hasbullah tulis "Berikut adalah buku nota kecil Hudud (Pocket Size) untuk sebaran seluas-luasnya."  
Oleh MSK.

Aku nak bagi tahniah kepada Pemuda PAS sebab menyediakan satu e-book tentang Hudud. Boleh download kat sini. Terima kasih kerana berusaha.

Aku dah download dan aku dah baca. Tapi adakah sekarang aku dah yakin dengan hasrat hangpa? Belum tentu.

Walaupun tidak dibenarkan untuk copy-paste, aku langgar juga arahan tu. Hangpa nak saman…saman la.

Pra-kata buku ini disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Baca pra-kata saja aku dah bengang.

“Buku ringkas ini telah disusun oleh para professional bagi memberi penjelasan kepada masyarakat umum terutamanya non-muslim atau muslim yang jahil”

Pertama sekali, sebelum nak mentarbiah non-muslim..cuba letakkan diri dalam keadaan depa. Kalau mai sorang Mubaligh Kristian nak berdakwah kat hangpa…hangpa bersedia untuk mendengar atau tidak? Kalau dia bagi Bible untuk dibaca... hangpa ambik dan baca atau tidak?

Jawab dengan jujur. Kalau orang masuk gereja saja dah dianggap murtad. Kalau orang baca Bible dah dianggap rosak akidah…apakah non-muslim begitu mudah untuk menerima Hudud?

Perkataan jahil ni bagi aku sama macam perkataan bangang, bodoh,hampeh. Aku cari dalam kamus makna jahil.

Refering to a person who is extremely ignorant and disbelieves in God. Often used to describe the people of the era that preceeded the revelation of the Qur’an, and the ignorant in general.

Ada Muslim yang tak percaya Tuhan ka? Kalau ikut makna dari kamus diatas, perkataan jahil itu ditujukan kepada orang-orang sebelum kedatangan AlQuran.

Apa yang aku faham dari e-book tersebut?

Penerangan Hudud tersebut adalah untuk orang bangang. Sebab orang bangang saja yang akan menerima sesuatu tanpa banyak soal.

Aku tidak termasuk dalam golongan bangang..dan hangpa gagal lagi. Kalau hangpa gagal untuk meyakini aku…macam mana hangpa nak meyakini orang lain?

[Baca artikel sepenuhnya di MediaPerak]



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...