Apa sudah jadi dengan Hari Kebangsaan di Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 31, 2012

Apa sudah jadi dengan Hari Kebangsaan di Johor?

DPP Pulai Johor tulis dalam Facebook Rasmi depa:  
Ulangtahun kemerdekaan kali ke-55 tahun ini, sambutan rakyat kepada hari kemerdekaan negara terutamanya di Johor (yang termasuk dalam Persekutuan Malaya) adalah yang paling mendukacitakan dan hambar.Rakyat seperti tidak endah lagi dengan hari kebangsan Negara ini. Tiada lagi kenderaan ringan yang memasang bendera seperti 5- 10 tahun yang lalu, di mana sekurang-kurangnya 4 daripada 10 kereta memasang bendera, tahun ini hanya segelintir sahaja yang ada.

Tiada lagi kenderaan berat termasuk ‘lori hantu’ dan lori pasir yang meletakkan jalur gemilang besar di cermin sisi kenderaan mereka.

Premis-premis perniagaan dan perumahan awam sepertinya layu dan tidak mempedulikan tarikh keramat ini sehingga terpaksa dirayu bagi menaikkan jalur gemilang di bangunan masing-masing.
Malah apa yang lebih pelik, pihak berkuasa tempatan (majlis-majlis daerah) seperti MBJB dan MPJBT juga hanya menaikkan sebahagian kecil sahaja bendera di sepanjang jalan utama di Skudai, Jalan Tun Razak dan Jalan Tebrau, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang meriah dengan jalur gemilang & bendera Johor yang di pasang di sekeliling jalan-jalan utama ini dengan bendera yang dipasang secara rapat.

Apakah yang telah berlaku ini? Apakah ini tanda protes atau boikot? Apakah rakyat Malaysia sudah hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia? Apakah ekonomi rakyat semakin merudum sehinggakan tidak mampu lagi untuk membeli sehelai bendera? Atau apakah rakyat sudah semakin bosan dengan retorik pemerintah yang penuh kontroversi terutamanya berkaitan dengan tema, logo dan lagu sempena kemerdekaan tahun ini?

Perkara ini akhirnya diterjemahkan kepada sambutan di ambang Hari Kemerdekaan 2012 di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Sambutan yang sangat DULL, hambar dan membosankan. Laluan menghala menuju ke Pusat Bandaraya LENGANG dan ia menjadi sangat selesa kerana tiada kesesakan trafik.

Tiada lagi kenderaan berkonvoi secara ramai membawa jalur gemilang. Tiada lagi anak-anak muda bermotorsikal membawa bendera Malaysia. Tiada lagi pertunjukan bunga api yang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Namun, sekalung ucapan terima kasih wajar diberikan kepada peserta JANJI DEMOKRASI seramai hampir 1000 orang yang mengambil tempat membuat pengisian malam merdeka di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Tanpa kelibat mereka, sambutan malam merdeka di Johor Bahru tidak akan berlaku. - Facebook DPP Pulai
Realitinya, suasa ni bukan saja berlaku di Johor tapi keadaan yang hampir sama berkalu di seluruh negara.

Kalau tengok dari pemerhatian aku,  memang nampak sungguh kali ni mood rakyat untuk sambut merdeka memang sangat-sangat kurang.

Bukan takdak tapi sangat-sangat kurang. Majoriti dari golongan 'silent voters' terutama sekali memang nampak macam tak ambik peduli dengan sambutan tahun ni.

Yang sambut tu rata-rata yang aku tengok cuma 'hardcore' tak kira dari parti pemerintah atau parti pembangkang. Nampak lebih kepada semangat 'politik' dari semangat patriotik.


Nota kaki makan cekamApa hal pulak aku tiba-tiba kopipes cerita Janji Merdeka dari Johor pulak ni? Sebenarnya aku tengah tunggu gambar sambutan Janji Merdeka Parit Buntar tak dapat lagi... Hahaha... Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...