Kerajaan tidak berhasrat untuk merayu keputusan BERSIH 2.0 yang membatalkan arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengisytiharkan bahawa gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu sebagai pertubuhan haram.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Pejabat Peguam Negara Kamaluddin Md Said kepada Malaysiakini ekoran tempoh untuk merayu telah berlalu.
"Tidak ada rayuan untuk kes BERSIH," kata Kamaluddin dalam kiriman SMS ringkasnya.
Kerajaan mempunyai tempoh sehingga 24 Ogos untuk merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Rohana Yusof yang membatalkan keputusan Hishamuddin pada 1 Julai.
Oleh itu BERSIH2.0 kekal sebuah entiti yang diiktiraf dan tidak perlu didaftarkan setelah peguamnya berhujah bahawa sebuah gabungan longgar NGO tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). - Mkini.
Ini mungkin berita terbaik untuk semua orang yang memiliki baju BERS✔H terutama sekali yang selama ni cuma simpan dalam almari, takut nak pakai pasai takut kena tangkap.
Aku harap dengan keluarnya berita ni, takdak lagi yang takut-takut nak pakai pada setiap hari Sabtu macam yang disarankan oleh jawatankuasa BERS✔H 2.0 lebih setahun lepas.
Jawatankuasa pemandu BERS✔H 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.Dan yang paling penting, terutama sekali yang tak berkelapangan untuk turun ke Himpunan Janji Merdeka pada malam 30 Ogos nanti, tolong pakai baju BERS?H dimana saja anda berada termasuk untuk yang duduk depan laptop di rumah sendiri.
Ketua BERS✔H 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.
"Sehingga reform seumpama itu dibuat, kita minta rakyat memakai apa sahaja yang kuning pada setiap Sabtu. Tidak kira sama ada baju, sarung tangan atau apa-apa sahaja...,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.
Lagi cantik kalau boleh keluar ke tempat-tempat tumpuan awam macam pusat membeli belah pakai baju BERS?H.
Tapi yang terbaik tentunya turun ke Dataran Merdeka ataupun mana-mana lokasi macam kat bawah ni:
Lokasi Himpunan JANJI DEMOKRASI yang akan berlangsung serentak, kemaskini di:-
(1) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.
- https://www.facebook.com/events/374765835930326/(2) Perak - Dataran MBI, Ipoh.
- https://www.facebook.com/events/349743978440982/(3) Melaka - Clock Tower Rumah Merah
- https://www.facebook.com/events/456220747745966(4) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.
(5) Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu
- https://www.facebook.com/events/128914397254281(6) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.
- https://www.facebook.com/events/455853691112343Sumber: FB MediaPerak
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis