Umno tak tolak hudud cuma takmau hudud? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 22, 2012

Umno tak tolak hudud cuma takmau hudud?

Sinarharian melaporkan:
KUALA TERENGGANU – Umno menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih menganggap parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud dalam negara.

Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh menegaskan, kenyataan itu sama sekali tidak benar kerana Umno tidak pernah menolak undang-undang syariah terbabit.

Bagaimanapun, katanya apa yang dipertikai Umno adalah kaedah digunakan Pas yang dilihat hanya menggunakan isu itu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum.

“Kita tidak tolak undang-undang hudud. Kalau orang Islam menolak hudud, dia terkeluar daripada Islam dan tidak semudah itu kita mahu menolak hudud. - Sinarharian.
Sebenarnya Hudud dalam Umno mengalami semacam evolusi tapi evolusi tu perlahan sangat.

Kalau tengok masa awal-awal penuduhan Umno dulu aku yakin Umno memang tolak hudud, bukan takat hudud, judi yang terang-terang haram tu pun Umno tak terima siap buat loteri kebajikan lagi.

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin yang tolak hudud ni kita boeh jumpa bersepah di alam maya ni.

Tapi bila pemimpin Umno tengok orang ramai makin nak kepada hudud hasil dakwah para ulama' terutama ulama' dalam PAS, akhirnya nak-tak-nak Umno terpaksa berevolusi dari tolak hudud kepada tak tolak hudud.

Tapi rupanya proses evolusi baru sampai tahap tak tolak hudud, belum sampai lagi tahap nak laksanakan hudud.

Kalau lebih 50 tahun berevolusi baru sampai tahap tu, kalau orang melayu Islam masih bagi peluang kepada Umno memerintah, taktau la berapa puluh tahun pulak baru boleh nak sampai ke tahap nak laksanakan hudud.

Silap-silap haribulan bukan berevolusi ke arah nak laksanakan hudud takut berevolusi ke arah tolak hudud balik.

Berbanding dengan PAS, sejak dari awal-awal penubuhan lagi PAS bercita-cita nak laksanakan hudud. Bukan takat bercita-cita saja tapi emang berusaha bersungguh-sungguh ke arah tu.

Termasuk dalam keadaan sekarang, PAS tak pernah padam cita-cita nak laksanakan hudud, cumanya strategi sedikit berbeza sejak berkawan dengan PKR dan DAP, namun cita-cita murni tu tetap terpahak disanubari pemimpin, ahli dan penyokona PAS.

Awlawiyat sekarang ni adalah untuk tumbangkan khurafat Umno dulu, selagi Umno tak tumbang aku tak berapa nak nampak yang hudud akan dilaksanakan di Malaysia ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...