Salahuddin bukan pilihan TG Hj Hadi untuk jadi MB Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 01, 2012

Salahuddin bukan pilihan TG Hj Hadi untuk jadi MB Johor?

Kalau ikut ke ayat laporan berita SinarHarian memang macam tu la persepsinya yang aku dapat faham. Maksud tersiratnya mungkin macam tu.

Mungkin TG Presiden nak terapkan persepsi lain, nak tekankan yang PAS belum buat keputusan sapa yang akan jadi Menteri Besar Johor kalau Pakatan Rakyat dapat tawan Johor pada PRU13 nanti.

Mungkin TG Presiden cuma nak tekankan kepentingan untuk pastikan Pakatan Rakyat menang dulu di Johor, kalau dah menang nanti barulah kita fikir pasai sapa nak jadi menteri besar.
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: SinarHarian]
Memang la tak salah TG Presiden kata macam tu dan aku yakin memang PAS pusat pun belum secara rasmi namakan calon untuk jadi Menteri Besar Johor, memang tak sesuai pun kalau PAS namakan sekarang, nampak juah sangat.

Tapinya, yang aku sikit mushkil apa salahnya kalau TG Presiden layan ja persepsi pasai Salahuddin sebagai calon menteri besar Johor tu, lagipun cadangan Salahuddin sebagai calon Menteri Besar Johor tu Pesuruhjaya PAS Johor yang buat dan rakan-rakan parti dari Pakatan Rakyat pun tak bangkang.

Lagipun, Salahuddin bukannya ada masalah nama buruk ka apa yang boleh bagi backfire kepada kempen PAS dan Pakatan Rakyat untuk rampas Johor dan Umno BN Johor nampak memang tertekan dengan persepsi tu.

Pada aku, PAS patut biarkan ja persepsi Salahuddin sebagai calon Menteri Besar Johor tu pasai persepsi, pasainya aku yakin akan ada sebilangan warga johor yang akan buat keputusan untuk undi PAS dan Pakatan Rakyat pasai tu.

Lagi pun persepsi macam tu menguntungkan PAS, mengujudkan persepsi yang Pakatan Rakyat mengakui kekuatan dan sumbangan PAS di Johor dan mengakui kehebatan pimpinan PAS.

Cumanya, tak payahla pimpinan PAS pun sampai nampak beriya-iya sangat dengan cadangan Salahuddin sebagai calon menteri besar Johor tu, takut nanti nampak PAS terlalu berlagak dan macam berangan-angan Mat Jenin.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...