PAS nak ganti Umno, Umno pulak terigin nak ganti PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 22, 2012

PAS nak ganti Umno, Umno pulak terigin nak ganti PAS?

Aku memang cukup prejudis dengan selogan 'PAS Ganti Umno' yang cuba dipopularkan di sebelah pantai timur terutama sekali di Terengganu.

Walaupun maksud sebenar depa bagus tapi selogan tu orang boleh faham ikut lain. Memang la PAS berhajat nak ganti Umno sebagai pemerintah tapi yang aku takut sangat PAS ganti Umno untuk benda yang negatif sama.

Rupa-rupanya bukan PAS saja yang teringin nak ganti Umno tapi Umno pun ada hati nak ganti PAS.  
SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.

"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.

Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.

"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno.

"Saya sokong cadangan itu," katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. - SinarHarian.
Elok sangat la tu. Sekarang ni mungkin nampak tak berapa nak relevan tgapi sapa tau bila PAS dah berjaya ganti Umno nanti, keadaan akan jadi lebih relevan kepada Umno untuk ada Dewan Ulama yang setaraf dengan Pemuda dan Wanita. Malah tak mustahil masa tu Umno pun akan ada Mursyidul Am bersama Majlis Syura' Ulama.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan Mat Sabu berkata:
"Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya).

"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah.

"Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.

"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya. - Mkini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...