Setpol MB Kedah ditahan SPRM kes RM1.3m masih boleh update Facebook? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 22, 2012

Setpol MB Kedah ditahan SPRM kes RM1.3m masih boleh update Facebook?

Ada beberapa blog penchachai Umno melaporkan yang Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Setiausaha Politik MB Kedah, Sanusi Md Nor dah ditahan oleh SPRM petang tadi.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Sanusi Md. Noor kini berada di dalam tahanan lokap SPRM.
Beliau juga merupakan Setiausha Politik kepada Azizan Razak MB Kedah di tahan atas tuduhan/dakwaan RASUAH bernilai Rm 1.3 Juta dan munkin lebih dari itu.

Sasaran berikutnya ialah Hj. Mohd Puad Bin Mohd. Ali, beliau merupakan sepupu kepada Azizan Razak.

sama-sama kita nantikan abang-abang SPRM dari unit khas yang didatangkan dari Putrajaya beraksi di Jelapang Padi. - Padijantan
Cuma yang aku mushkilnya bila aku tengok Facebook Setpol MB Kedah ni ada pulak update status


[Sumber: Facebook]
Takkan dalam tahanan SPRM pun masih boleh update status Facebook kut.

Tapinya, kalau betul pun Setiausaha Politik MB Kedah ni kena tahan SPRM, apa nak heran sangat, pasai dia ada jawatan yang cukup strategik dan memang ramai yang sangat-sangat teringin nak merasuah dia.


Kalau pun dia tak buat, mungkin ada orang lain yang buat tapi dia terseret sama ataupun tak mustahil jugak dia semata-mata dianiaya. Bukan susah sangat kut nak penanya dia takat nak bagi SPRM tahan untuk siasatan. Takkan kut takdak pegawai dalam SPRM tu yang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno."

Tambah pulak dalam seminggu dua ni musuh dia semakin ramai termasuk dalam kalangan aktivis PAS di negeri Kedah sendiri. Dalam kalangan aktivis PAS pun bukan semuanya baik macam malaikat malah ada jugak yang nampak macam dah kena rasuk dengan syaitan.

Orang yang dah kena rasuk dengan syaitan ni bukan boleh kira, bukan takat penaya kawan, makan kawan pun boleh jadi.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...