Lajim Ukin nak masuk PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 21, 2012

Lajim Ukin nak masuk PAS?

Malaysiakini melaporkan:
PAS Sabah mengalu-alukan anggota parlimen Beaufort daripada BN Lajim Ukin untuk menyertai parti Islam itu bagi meneruskan perjuangan politiknya dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu berkata, mereka sentiasa bersedia menimbangkan kemasukan ahli politik lain dan ketua masyarakat tidak kira kedudukan dan latar belakang.

"PAS melalui banyak pengamalan dengan kumpulan profesional seperti doktor, peguam dan orang ramai yang menyertainya. Kita tidak pernah menyekat kemasukan sesiapa pun ke dalam parti," katanya.

PAS sebagai anggota Pakatan paling lemah di Sabah dilihat mampu menawarkan kedudukan terbaik untuk Lajim.

Lakim di labuan baru-baru ini berkata beliau bersedia dipecat oleh Umno dan akan mempertimbangkan pandangan pengikutnya supaya menyertai parti pembangkang. - Mkini.           
Kalau betul Lajim Ukin ada hasrat nak masuk PAS, bukan setakat Pemuda PAS Sabah malah aku yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS seluruh negara mengalu-alukan.

Dari segi politiknya memang sepatutnya pun Dewan Pemuda PAS Sabah mewakili Perhubungan PAS Sabah buat kenyataan macam tu. Dia nak masuk atau tak nak masuk PAS itu perkara kedua, yang pentingnya kita dah pelawa.

Masalahnya, ada ka niat Lajim Ukin ni nak masuk PAS. Pasainya kalau tengok rentetan cerita ni, nampak macam dia lebih nak masuk PKR sampai tahap katanya dah tetapkan tarikh dan masa pun tapi dibatalkan saat-saat akhir.

Mungkin jugak dibatalkan tu ada sebab-seab dalaman PKR sendiri, jadinya memang sesuai la pelawaan DPP Sabah tu, kalau tak berapa nak kondusif masuk PKR mungkin lebih kondusif masuk PAS.

Isu seterusnya, kalau la Lajim Ukin ni masuk PAS, boleh ka dia wala' kepada Perhubungan PAS Sabah. Sebagai ahli politik senior dan pernah pegang jawatan tinggi dalam kerajaan aku nampak akan timbul isu wala' kalau Lajim Ukin ni masuk PAS, tambah-tambah kalau dia masuk PAS lebih atas alasan politik.

Kalau Lajim Ukin ni masuk PAS atas perkiraan politik, tentu dia ada agenda sendiri. Takkan dia senang-senang nak wala' dengan Perhubungan PAS Sabah tambah-tambah PAS Sabah adalah 'anggota Pakatan paling lemah di Sabah.'

Kecuali la kalau dia masuk PAS setelah dapat hidayah betul-betul nak memertabatkan Islam. Kalau macam tu mungkin tak timbul masalah wala' pasainya orang yang dapat hidayah ni biasanya akan datang sekali dengan sifat tawadduk.

Apa pun, dalam isu lompat parti ni, aku tetap dengan pendirian aku. Kalau seorang wakil rakyat nak lompat parti dia kena letak jawatan dia sebagai wakil rakyat sebelum lompat parti termasuk kalau dia nak lompat masuk PAS.

Pasainya dia menang dulu pasai bertanding atas tiket Umno. Kalau dia bertanding sebagai calon bebas aku tak yakin dia boleh menang PRU12 dulu. Kalau dia nak lompat masuk PAS jugak pada aku lebih elok kjalau dia tunggu sampai parlimen dibubarkan, bila dah dibubarkan ikut suka dia la nak lompat ke mana pun.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...