Nazri nak berkomplot dengan Peguam Negara? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 08, 2012

Nazri nak berkomplot dengan Peguam Negara?

Aku tak faham la apa sebenarnya isu yang menteri ni cakap. Samaada menteri ni bangang ataupun Umno BN memang ada rancangan takmau adakan pilihanraya.

Apa perlu nak tanya Peguam Negara pulak, pasainya kalau dah tamat tempoh parlimen terbubar secara automatik dan SPR perlu buat pilihanraya umum dalam tempoh 2 bulan.

Kecuali la kalau Umno BN ada plan B atau plan C untuk takmau adakan pilihanraya selepas habih tempoh 2 bulan tu. Yang aku mushkilnya pasai apa menteri ni cakap merapu sampai macam ni.
[Sumber: mStar]
Pasai pilihanraya ni ada dua isu yang Pakatan Rakyat bising  sekarang ni, yang pertama pasai apa Najib takmau umumkan awal tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihanraya macam negara-negara lain buat. Yang ni yang paling utama. Tak kira la Najib nak bubarkan bila pun tapi umumkan awal.

Isu yang kedua yang ditimbulkan pilihanraya umum patut diadakan selepas masuk tahun yang ke lima. Tak kira la di awal bulan tahun yang ke 5 ataupun sampai habih tempoh 5 tahun.

Lain yang orang cakap lain pulak menteri sorang ni faham. Takkan la bangang sangat menteri kabinet Najib ni.

mStar juga melaporkan:
Pada persidangan Parlimen bulan lepas, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. - Ibid.
Kalau betul tu yang ada dalam kepala Nazri, yang sampai nak pi berbincang dengan Peguam Negara tu nak buat apa. Takkan Nazri nak berkomplot dengan Peguam Negara kut?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...