SHAH ALAM, 7 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan perubahan di dalam negara tidak akan berlaku hanya jika disebabkan oleh demonstrasi jalanan.
Najib turut menegaskan, demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi, sebaliknya bakal memusnahkan negara.
"Pihak-pihak tertentu cuba untuk memusnahkan negara melalui demonstrasi jalanan. Perubahan tidak akan berlaku dengan demonstrasi jalanan.
"Demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi. Itu 'democrazy'," tegas Najib (gambar) sewaktu memberi ucapan perasmian Konvensyen Pemikir Muda Malaysia (PPM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini. - TMI.
Aku tak rasa budak-budak universiti yang bijak pandai tu akan termakan dengan kata-kata Najib tu. Ada la kut segelintir yang darah Umno mengalir pekat dalam badan depa yang akan termakan kata-kata Najib tu tapi majoriti mahasiswa takkan percaya.
Demonstrasi jalanan bukan jadi punca negara musnah. Contoh di Timur Tengah memang cukup jelas. Yang tentukan musnh atau tak negara bukannya demonstrasi jalanan tapi macamana tindakan kerajaan terhadap bantahan rakyat.
Kalau tengok ke negara Syria memang jelas nampak negara tu sedang musnah. Ramai yang terbunuh dan negara jadi huru hara. Pasainya kerajaan yang memerintah langsung tak pedulikan bantahan rakyat,
Basyar al-Assad tetap tak mau turun dan pilih untuk berperang dengan rakyat sendiri. Sampai tahap doktor yang merawat orang yang sakit pun akan ditangkap. Orang yang bawa bekalan ubat pun akan ditangkap, salah dia macam salah seludup senjata api.
Berbeza dengan Mesir, demonstrasi jalanan di Mesir tak musnahkan negara mesir. Walaupun Hosni Mubarak cuba jugak nak lawan kebangkitan rakyat tapi dia tak mampu nak lawan kuasa rakyat yang terlalu kuat.
Hasiinya sekarang ni Mesir ada sebuah kerajaan yang baru yang dipilih melalui pilihanraya yang aman yang diterajui oleh parti yang ditubuhkan oleh Ikhwan Muslimin.
Dan Najib sendiri hantar utusan ucapan tahniah kepada Presiden mesir yang baru Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin. Tak cukup dengan hantar perutusan, hantar pulak Khaled Nordin sebagai wakil untuk jumpa Dr. Morsi nak ucap tahniah bagi pihak Najib.
Padahal tahun lepas Najib ada buat satu statement yang kata Ikhwanul Muslimin tu menyokong pengganas.
Yang sebenarnya bukan demokrasi yang crazy tapi Najib yang jadi crazy sebab demonstrasi.
Macamana tak kata gila, masa demonstrasi BERS✔H 2.0 kerajaan pimpinan Najib istiharkan sebagai haram atas alasan mengancam keselamatan negara, ramai yang ditangkap sebelum demonstrasi tu bermula, siap polis berlakun rampas parang dan molokov koktail dalam boto air mineral lagi.
Tiba-tiba masa nak diadakan BERS✔H 3.0 depa kata Bersih tak ancam keselamatan negara pulak, boleh buat dengan syarat secara aman, cuma tak boleh masuk Dataran merdeka dan kawasan sekitarnya.
Tapi bila depa tengok sampai beratus ribu yang turun masa demonstrasi BERS✔H 3.0 polis 'diarahkan' supaya mengganas, pukul orang ramai secara 'berjamaah' dikhalayak ramai macam anjing liar kerumun mangsa. lepas tu pulak keluar statement kata demonstrasi BERS✔H 3.0 tu bertujuan nak gulingkan kerajaan melalui demonstrasi.
Tak ka gila namanya tu, nak gulingkan kerajaan menggunakan senjata air mineral, tuala kecik dan sejemput garam.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis