Mustahil pada Tan Seng Giaw yang sebenarnya langsung tak mustahil. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 28, 2012

Mustahil pada Tan Seng Giaw yang sebenarnya langsung tak mustahil.

Kemelut pasai hudud baru-baru ni jadi panas balik bila ditimbulkan dalam debat antara Ust Din Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat dengan Ust Fathul Bari dari Ulama' muda Umno.

Ust Din Tantawi kata Karpal Singh pun dah mula berlembut dan bersedia untuk terima hudud. Menyinga la Karpal Singh pasai dia tak pernah kata setuju dengan Hudud.

Memang pun, bukan setakat Karpal Singh tapi semua pemimpin DAP tak pernah setuju dengan undang-undang hudud cumanya depa tak tolak hudud tu secara bangang macam pemimpin Umno satu ketika dulu yang sampai tahap mempersendakan hukum hudud tu sendiri contohnya kata sup tangan dan jugak habih batu tak boleh buat jalan.  
Pemimpin DAP lebih kepada gunakan alasan undang-undang dan perlembagaan, depa kata hudud bercanggah dengan perlembagaan.

TG Nik Aziz pulak macam biasa dia punya komen, without fear or favor dan berterus terang. PAS akan tetap nak laksanakan hudud walaupun ada yang tak setuju termasuk DAP.

Dan macam selalu TG Nik Aziz masih sempat lagi 'berdakwah':
"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya. - Mkini
Hari ni sorang lagi pemimpin veteran DAP berbunyi, macam yang dilaporkan Bernama:


Kalau ikut hukum logik akal memang betul macam apa yang Tan Seng Giaw kata ni, memang nampak mustahil hukum hudud akan berjaya PAS laksanakan dalam keadaan semasa tapi takdir tak terikat dengan hukum logik akal, walaupun nampak macam mustahil, takdir sentiasa melogikkan benda yang sebelum tu dianggap tak logik menjadi logik.

Tambah-tambah bila melibatkan orang-orang politik, dalam politik takdak yang mustahil, demi kuasa takdak yang mustahil bagi orang politik. Mungkin bukan semua orang politik tapi majoritinya memang macam tu.

Sama jugak dengan hukum hudud, mudah sangat kalau takdir nak bagi nampak tak mustahil dan berjaya dilaksanakan di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ni.

Faham kot noo... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...