Jadi dak demo raksaksa isu air Selangor ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 29, 2012

Jadi dak demo raksaksa isu air Selangor ni?

Apa perkembangan cadangan Abang Mat Sabu nak buat demo raksaksa pasai isu air di Selangor tu. Jadi ka dak jadi?

Kalau nak kira sebab musabab relevannya buat demo tu rasanya memang relevan. Pasainya Kerajaan Pusat dah pun buat keputusan tolak hasrat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim nak ambil alih pengurusan Syabas di letak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Kerajaan Pusat masih bertegas nak jalankan jugak projek Logi Rawatan Air Langat 2 yang bernilai hampir RM9 billion tu yang termasuk dalam projek tu nak buat terowong tebuk Banjaran Titiwangsa, bubuh paip untukk import air mentah dari Pahang.
Masalah air di Selangor bukannya masalah air mentah tapi masalah kekurangan air yang dah dirawat. Apa perlu nak import air dari Pahang sampai nak kena tebuk Banjaran Titiwangsa sedangkan air mentah di Selangor pun mencukupi.  Kalau nak import air mentah pun, lebih murah kalau diimport dari Perak atau Negeri Sembilan.

Kalau jadi jugak dibuat projek Langat 2 tu tentu punya tarif air akan dinaikkan untuk tampung kos yang gila babi punya bangang punya tinggi tu. Berbanding kalau import air dari Perak atau Negeri Sembilan yang tentunya jauh lebih murah.

Dari segi semangatnya, memang Kerajaan Pusat sah-sah lebih pentingkan syarikat Syabas atas dasar kroni berbanding rakyat negeri Selangor. Jadinya memang sangat-sangat perlu Kerajaan Pusat di tekan dengan demonstrasi raksaksa macam yang Mar Sabu cadangkan tu.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," katanya.

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.

"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.
Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.

"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.
"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.

"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya. - Hrkh.
Kalau tengok ke laporan Harakahdaily tu nampak gayanya loambat lagi la kalau nak ada bemo raksaksa tu. Nak kena tunggu kerajaan negeri Selangor buat  referendum dulu. Nak buat referendum pun bukannya mudah, jauh lebih susah dari nak buat demo. Lepas tu nak kena tunggu reaksi kerajaan kepada referandum tu dulu.

Silap-silap Najib bubar parlimen dulu, demo raksaksa tu belum boleh buat lagi. Apa pun, elok jugak Abang Mat Sabu bagi amaran awal sebagai tekanan kepada Perdana Menteri dan Umno BN supaya selesaikan isu air di Selangor ni dengan utamakan kebajikan rakyat.

Aku macam biasa, sangat-sangat sokong cadangan buat demo tu. Bila ada demo baru ada harapan boleh rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata. Dah ketagih dah ni.

Itu pun kalau polis tak bagi kebenaran. Kalau polis bagi kebenaran macam Himpunan Oren bulan lepas memang takdak peluang la nak lepas ketagih.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...