Selangor ada kuasa ka nak suruh pecat si bangsat tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 21, 2012

Selangor ada kuasa ka nak suruh pecat si bangsat tu?

Aku sebenarnya tak berapa faham sangat dengan isu air dan Syabas di Selangor ni.

Yang paling aku tak faham sekali macamana boleh tanggungjawab untuk bekalkan air minum kepada rakyat yang jadi keperluan paling asas kepada rakyat boleh diniagakan.

Kalau setakat tubuh syarikat GLC untuk memudahkan pengurusan supaya jadi lebih tersusun, sistematik dan berkesan mungkin aku boleh terima.

Pasainya memang selama ni semua orang tau dan terpaksa terima yang budaya kerja kakitangan kerajaan memang tak berapa nak boleh pakai. Depa kata lebih banyak 'main' dari buat kerja, benda yang boleh selesai semalam kalau ikut standard pengurusan swasta, di pejabat-pejabat kerajaa minggu depan pun belum tentu boleh selesai.  

Jadinya dari sudut tu memang nampak ada relevannya sikit dibuat pengswastaan. Tapi kalau pengerusi GLC tu dibayar gaji sampai RM425,000.00 sebulan tu dah masuk tahap kurang ajar punya bangsat.


Tara Perdana Menteri Malaysia pun elaun cuma 20 ribu lebih sebulan, nak kena jaga satu Malaysia berbanding pengerusi Syabas yang cuma kena jaga air untuk negeri Selangor tapi gaji beratus ribu sebulan.


Lain la kalau syarikat dia sendiri, syarikat ternak dan jual babi contohnya, ikut suka dia la nak ambik gaji sampai sejuta sebulan pun. Pandai la dia cari pelanggan nak boleh dapat gaji sebanyak tu.


Memang tak patut sangat pengerusi dan CEO Syabas, satu-satunya syarikat yang monopoli bekalan air di Selangor boleh buat bisnes jual air macam jual babi. Kalau tak mampu nak beli daging babi contohnya, mungkin masih boleh beli ikan gelama pecah perut untuk buat lauk tapi kalau tak mampu nak beli air dari Syabas orang Selangor nak beli air dari mana.

Yang lebih celaka lagi, boleh pulak pandai-pandai nak catu bekalan air. Lain la kalau air mentah tak cukup, ni air mentah takdak masalah, maknanya operasi Syabas yang ada masalah. Ambik gaji beratus ribu punya tinggi tapi masalah tak reti nak bagi selesai. Memang bangsat punya kaki. Muka pulak jenis tak tau malu, langsung tak rasa nak berundur diri.,

Memang patut sangat la Khalid Ibrahim Menteri besar Selangor suruh pecat Pengerusi dan CEO tak guna macam ni.

[Sumber: Mkini]
Cumanya Kerajaan Selangor ada kuasa nak suruh Syabas pecat CEO. Takkan Umno BN nak biar 'ayam laga' depa kena pecat.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...