Hudud di Johor, apa komen Jamil Khair? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 02, 2012

Hudud di Johor, apa komen Jamil Khair?

Macam yang aku tulis kemarin dulu, pada 20 Jun lepas masa sidang Dun Johor, Adun Kemelah dari Umno cadangkan supaya Johor laksanakan hukum hudud.

Adun Kemelah tu kata 'hudud Johor' berbeza dengan 'hudud PAS' dan dia kata 'hudud Johor' adalah hudud sebenar pasai meliputi semua kaum manakala 'hudud PAS' cuma untuk orang Islam saja.

Walaupun cadangan 'hudud Johor' tu berbeza dengan 'hudud PAS', PAS takdak masalah untuk sokong cadangan Adun Kemelah tu.
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Malaysiakini pulak melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Nampaknya Presiden MCA ni tak lepaskan peluang cari political mileage dari isu ni, kot-kot boleh dapat sikit undi dari orang cina yang memang majoritinya tak mau undang-undang hudud dilaksanakan yang sekarang ni memang solid sokong Pakatan Rakyat.

Aku teringin nak dengar apa komen Jamil Khair, menteri yang jaga agama, tapi kalau PM komen lagi menarik pasai aku yakin dah tentu punya boleh jadi peluru untuk PAS masa PRU13. Setakat hari ni tak jumpa lagi komen dari Jamil Khair.

Yang aku jumpa pun kenyataan lama dari Jamil Khair macam yang dilaporkan Bernama:
JITRA - Perlaksanaan hukum Hudud bukanlah bermusim, sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sehubungan itu mana-mana pihak terutama parti politik tidak seharusnya menggunakan isu perlaksanaan hukum hudud untuk meraih sokongan pada musim pilihan raya sahaja.

"Apabila berbicara soal hudud, kita kena faham skop... bukan hanya cakap-cakap retorik, tapi kena ada perlaksanaan. - Bernama.
Realitinya kalau tak silap aku semenjak PRU1999, hukum hudud tak lagi jadi bahan kempen utama PAS tapi diambilalih Umno BN yang tak pernah tinggal isu hudud ni masa kempen pilihanraya, belasah PAS kata dah tak cakap pasai hudud pasai takut kat DAP.

Mungkin kut Jamil Khair tengah cari hujjah baru ataupun mungkin dia tengah tunggu perintah dari Najib.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...