SPR nak saman orang mengaku mengundi 2 kali? Kes menarik ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 26, 2012

SPR nak saman orang mengaku mengundi 2 kali? Kes menarik ni

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini membuat laporan polis terhadap Zulkifli Ismail yang mendakwa telah mengundi dua kali pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1980an di dua pusat pengundian.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang membuat laporan itu berkata Zukifli turut mendakwa dan menuduh dalam, akhbar PAS, Harakah, bahawa suruhanjaya itu menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi, serta membuat beberapa tuduhan lain yang memfitnah SPR.

“Ia (laporan itu) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” kata Kamaruddin dalam satu kenyataan di sini. - TMI.
Harakah cetak 11-14 Jun 2012 melaporkan:
[Sumber: Hrkh cetak]
Menarik jugak kalau kes ni naik sampai ke mahkamah. Cumanya aku harap pakcik ni bercakap tak perendang terlebih, kalau dia terlebih perendang memang masak la.

Aku percaya apa yang pakcik ni dakwa memang benar-benar berlaku. Tambah-tambah bab mengundi 2 kali tahun 80an pulak tu, memang aku tak heran pasainya daftar pemilih tahun 99 pun masih ada belambak lagi orang yang ada 2 nama bukan kata di dua negeri tapi dalam UPU yang sama pun aku pernah jumpa.

Kejadian tak boleh mengundi pasai dah ada orang yang dah 'tolong' mengundi lebih awal pun biasa aku dengar, masa PRU12 yang lepas pun ada aku dengar, tapi cuma takat dengar cakap ja la.

Tapi bab IC palsu tu aku yakin memang ada. Kalau pasport palsu ada sindiket yang buat takkan IC palsu takdak yang boleh buat. Cumanya kat malaysia ni bukan takat IC palsu, tapi pendatang asing yang tak layak jadi warganegara pun senang-senang boleh dapat IC biru yang sah.

Cumanya, kalau pakcik ni cakap betui pun, macamana lak agaknya dia nak buktikan dakwaan dia tu. Tambah-tambah benda yang dah berlaku lebih 30 tahun dulu. Macam tu jugak MyKad palsu dan 'cip' dari China tu, nak buktikan macamana.

Moga-moga pakcik ni tak terpaksa kona baring 180° dah la.

[Imej kat atas tu sekadar gambar hiasan, banner Umno BN masa PRK Permatang Pasir]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...