Bekas Timb. pengarah JAKIM masuk PAS - Ada orang Umno heran? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 26, 2012

Bekas Timb. pengarah JAKIM masuk PAS - Ada orang Umno heran?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini, Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu. - Hrkh.
Aku sebenarnya tak heran langsung dengan kakitangan kerajaan yang dah pencen baru nak masuk PAS. Pada aku takdak apa yang istimewa. Termasuk la berita bekas Timbalan Pengarah Jakim ni masuk PAS.

Lain la kalau letak jawatan dari Jakim pasai nak masuk PAS dan nak aktif dalam PAS macam As-Syahid Ibrahim Libya. Atau paling kurang dah lama jadi ahli PAS tapi tunggu pencen baru nak betul-betul aktif dalam PAS, sebelum ni cuma takat sokong kut belakang.

Tambah-tambah pulak bila Harakahdaily melaporkan:
"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya. - Ibid.
Kalau dah Harakah pun lapor sampai macam tu, aku tak rasa sapa pun patut heran kalau dia masuk PAS. Orang Umno dah tentu tak heran dan aku rasa orang atas pagar pun tak heran.

Kalau nak bagi kesan sikit pun mungkin kepada kakitangan kerajaan yang lebih kurang sama macam dia. Kalau bekas Timbalan Pengarah Jakim pun bila dah pencen berani masuk PAS takkan orang lain tak berani. Takat tu ja la kut.

Yang aku herannya pasai apa dah pencen baru nak masuk PAS. Kalau betul 'saya sememangnya adalah PAS' pasai apa tak masuk dari dulu. Kalau dah boleh sampai tahap Timbalan Pengarah Jakim tentulah jenis orang ada ilmu agama yang boleh timbang baik buruk ikut neraca Quran dan Hadith. Takkan nak jadi ahli PAS pun takut.

Lagi satu, aku harap sangat PAS tak terlebih mengalu-alukan bekas kakitangan kerajaan yang dah pencen baru nak masuk PAS ni sampai tahap tawarkan depa jadi calon PRU13. Kecuali la kalau aura dan pengaruh depa tu sangat-sangat 'power'.

Apa-apa pun, aku tetap mengalu-alukan kemasukkan bekas Timbalan pengarah Jakim ni ke dalam PAS. Lagi molek kalau boleh balik kampung Parit Buntar, mai tolong sama-sama terlibat dengan jamaah di peringkat akar umbi.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...