Hj Nizar katanya disiasat di bawah akta hasutan sebab tweet berkenaan kewajaran pembelian plat nombor WWW1 yang melebihi setengah juta ringgit yang dibida oleh Sultan Johor.
Tweer Hj Nizar tu seolah mengkritik Sultan Johor yang sanggup belanja sebesar tu untuk nombor plat sedangkan ramai rakyat yang tak berumah sebab miskin.
Pada aku tweet Hj Nizar tu tak berapa nak kena pasai selama ni pun aku tak pernah lagi dengar sultan buat rumah untuk rakyat guna duit dia. Kalau setakat jamu rakyat setahun sekali ada la kut.
Lagi satu, sangat tak sesuai kalau nak kata tweet dia tu 'hanya pandangan seorang rakyat' sebabnya Hj Nizar bukan sekadar 'seorang rakyat' tapi adalah mantan Menteri Besar.
Apa pun statement yang dia buat akan dilihat sebagai statement dari mantan MB merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap AJK PAS Pusat merangkap ADUN Pasir Panjang dan Merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Apa pun Hj Nizar dah pun minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan tweet dia tu.
Memang betul macam yang MSK tulis dalam MediaPerak.com, memang takdak satu pendirian kukuh dari PAS atau Pakatan Rakyat berkenaan isu ni.
Macam yang MSK salin tampal dalam artikel dia, kebanyakkan pemimpin PAS yang jawab isu ni cuma jawab macam yang depa jawab untuk elakkan jawapan depa jadi peluru yang akan makan tuan.
Sebenarnya memang langsung tak salah apa yang Hj Nizar tweet tu, malah cukup tepat tapi masalahnya tweet macam tu tak menguntungkan dari segi politik semasa terutama sekali politik Johor.
Kebanyakkan penganalisa politik tentu setuju yang rakyat Johor terutamanya dari kalangan orang melayu majoritinya masih kuat fahaman feudal dan tweet Hj Nizar tu boleh merugikan dari segi persepsi.
Salahuddin Ayub yang ambik keputusan untuk balik bertanding di Johor negeri kelahiran dia, aku yakin memang nak sangat sokong Hj Nizar tapi dari sudut politik dia tak mampu untuk sokong Hj Nizar yang kemudiannya akan dilabel sebagai menderhaka kepada sultan Johor.
Bukan masalah takut peluang untuk jadi Menteri Besar semakin pudar tapi takut peluang untuk tewaskan Umno BN di Johor yang menjadi pudar. Tujuan dia balik ke Johor untuk menguatkan Pakatan Rakyat negeri Johor bukannya menambahkan beban.
Pasai tu lah bukan Salahuddin Ayub sorang tak berani sokong Hj Nizar tapi hampir semua pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari Johor tak berani sokong Hj Nizar, tak cukup kuat sebenarnya untuk sokong Hj Nizar.
Raja Iskandar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan Pemuda PAS Perak yang berani sokong Hj Nizar pun sebab Raja Iskandar adalah kerabat diraja Perak yang juga ada pertalian darah dengan Sultanah Johor Raja Zarith Sofea.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis