Puak Umno yang berfikiran tertutup boleh la Muhyiddin tipu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 08, 2012

Puak Umno yang berfikiran tertutup boleh la Muhyiddin tipu

Muhyiddin kata kerajaan berfikiran terbuka, pasai tu la kabinet benarkan parti-parti pembangkang bentangkan manifesto menggunakan saluran RTM semasa tempoh berkempen PRU13.

Lebih kurang sama standard macam kenyataan Rais sebelum tu yang kata tindakan kabinet tu berasaskan Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

Puak-puak yang berfikiran tertutup macam yang ramai dok ada dalam Umno boleh la tertipu dengan kenyataan Muhyiddin ni.

Puak-puak jenis ni tak kira Muhyiddin kata apa pun depa akan terima bulat-bulat. Tak kira apa pun Najib kata depa telan bulat-bulat.
Puak-puak jenis macam ni kadang-kadang nampak macam depa anggap kenyataan dari pemimpin Umno dah macam firman Allah dan sabda nabi, takda yang tak benar melaikna benar belaka.

Puak-puak macam ni nak kena bagi contoh yang mudah depa faham kalau nak counter balik apa yang pemimpin depa cakap, kut-kut depa boleh faham.

Isu ni kita boleh buat contoh orang jahat tahan kita dalam rumah kita. Semua pintu dan tingkap depa palam, tutup rapat tak boleh buka. Ada lubang sikit-sikit pun depa palam.

Lepas berpuluh tahun kita kena kurung macam tu, tiba-tiba depa buka sikit tingkap, boleh la takat kita nak mengendap keluar atau orang luar nak mengendap masuk.

Macam tu la andaiannya apa yang Muhyiddin yasin kata depa nak bagi masa lepas parlmen dibubarkan. Mana boleh tindakan tu nak dianggap "sentiasa bersikap terbuka".

SinarHarian melaporkan:

[Sumber: Sinarharian]
Tapi bila difikirkan balik, mungkin memang itu pun tujuan kabinet buat macam tu kut. Maksud aku, tindakan macam tu mungkin depa memang sasarkan untuk ahli dan penyokong Umno yang berfikiran tertutup saja.

Pasainya, untuk Umno kekal menang di kerusi yang peratus orang melayu tinggi, Umno BN cuma perlu kekalkan sokongan yang depa dapat masa PRU12 dulu saja. Dengan sikit pertambahan sokongan orang muda memang depa boleh pertahankan kerusi tu.

Untuk pastikan depa dapat sokongan orang muda, itu yang depa buat program macam Himpunan Jutaan Pemuda siap depa bayar berjuta untuk jemput K-Pop dari Korea. Pasainya depa tau memang benda-benda macam tu ramai orang muda suka.

Bab pengundi Melayu depa tak berapa nak ada masalah sangat, yang masalahnya untuk depa dengan pengundi cina. Masalahnya depa punn nampak macam dah habis idea dengan orang cina ni.

Kalau sokongan orang cina tak patah balik kepada umno BN, calon-calon Umno mungkin masih boleh menang tapi calon-calon MCA dan Gerakan memang payah nak menang dan harapan umtuk BN melingkup memang cerah.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...