Kisah Dr. Mahathir pulang ke Masjid | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 28, 2012

Kisah Dr. Mahathir pulang ke Masjid

Oleh RUHI HAYATI THANI

RAMAI orang berkata, Mahathirisme sudah kembali mutakhir ini, sementara PM Najib Razak hanyalah watak sampingan sahaja. Mahathirisme sudah kembali selepas dilihatnya anak asuhannya sudah tenat dilingkari beban permasalahan kapal selam Scorpene di Perancis!

Maka kempen memuja Dr Mahathir Mohamad ini memanjang sampai ke internet dan Facebook. Di sana, saya terlihat kelibat bekas Perdana Menteri ini bersimpuh membaca Yaasin.

Ramailah yang menurunkan komentar dan hujah balas. Akhirnya, saya menurunkan satu kisah mengenai cerpen Awamil Sarkam, iaitu 'Pakcik saya pulang ke masjid.'  
Keesokannya, halaman itu hilang daripada pandangan. Saya rasa dapat rasa penangan ilmiah cerpen Awamil Sarkam! Cerpen 'Pakcik saya kembali ke masjid' sangat ringkas... Tapi, isinya tetap jua menyentuh rasa dan mengirim makna yang tepat ditujukan kepada orang Umno yang beranggapan, amal salih bekas PM itu menghilangkan dosa kezalimannya.

Adakah Dr Mahathir seperti gambaran watak Pakcik Bakaruddin yang dilukis Awamil Sarkam itu? Jika soalan ini ditujukan kepada saya, maka jawapannya adalah ya!

Dibanding Dr Mahathir yang mengerjakan kebaikan di masjid dengan membaca Yaasin, saya sebenarnya lebih suka watak Earl di dalam drama komedi Amerika, My name is Earl. Walaupun ia komedi lucah, tapi ada nilai baik yang dibawakan oleh Earl ini.

laitu, Earl mula berasa berdosa dan bersalah, lalu dihukum Karma. Dan dia pun berazam menebus dosa dan kesalahan terhadap insan-insan yang pernah beliau zalimi selama ini.

Earl kemudian mencatatkan semua nama kawan serta orang perseorangan yang beliau zalimi selama ini dan beliau telah membantu pula orang-orang yang beliau zalimi itu.

Dibanding watak Earl, nampaknya watak Pakcik Bakaruddin yang dilukis oleh Awamil Sarkam itu jauh lebih buruk. Pakcik Bakaruddin cuma berulang-alik ke masjid tanpa dia meminta maaf dan mencari semula orang-orang yang dia zalimi sebelum ini.

Berbalik kepada Dr Mahathir yang sedang membaca Yaasin itu, kita tidak akan mencela sikapnya ingin membaca Yaasin, bersolat tahajud dan solat tasbih lama-lama sekali pun, kerana hal amalan itu hanya menyangkut amalan peribadinya kepada Tuhan.

Tetapi jangan hendaknya orang-orang Umno, Dr Mahathir berfikir bahawa amalan salih yang mereka laksanakan itu akan menjadi batu penghadang kepada api neraka.

Sebaliknya, contohilah manusia Earl yang keras berusaha mencari semula manusia yang beliau zalimi selama ini. Itulah yang perlu dilakukan Dr Nlahathir pada usia emas ini.

Janganlah hendaknya Dr Mahathir menjadi seperti watak Pakcik Bakaruddin yang telah diabadikan di dalam cerpen Awamil Sarkam, 'Pakcik saya kembali ke masjid' itu.

Awamil Sarkam secara halus mengangkat kata tanya, "Adakah dosa menganiayai orang ramai yang dilakukan Pakcik Bakaruddin itu terhapus dengan sebab dia berulang-alik ke masjid?" Awamil berkata, jika berdosa kepada Tuhan, maka hal itu mudah diampunkan.

Tetapi, jika dosa pemerintahan sehingga melibatkan kezaliman ke atas orang lain, maka wirid Yaasin, solat tahajud, solat tasbih dan istighfar sejuta kali pun tak menggugurkan dosa pemerintah yang menzalimi tahanan ISA dan kezaliman lain.

Ya, adakah menunaikan haji bagi Najib dan Rosmah Mansor akan menebus dosa mereka? Inilah bebanan limpahan pertanyaan yang mesti direnung fikir oleh Dr Mahathir dan ahli-ahli Umno menjelang era kejatuhan Najib di Putrajaya.


Sumber: Harakah cetak edisi Jumaat 29 Jun 2012
(kalau nak baca awal dapatkan edisi online)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...