Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan pembantunya berhubung dakwaan yang pembantunya telah mengambil sogokan sehingga RM14,500.
"Saya mahu membuat susulan apa yang telah dilakukan (dengan siasatan tersebut) sejak laporan dibuat pada bulan Februari (oleh pihak lain)," katanya kepada pemberita di luar pejabat SPRM Putrajaya, selepas membuat laporan itu semalam.
Pada masa yang sama, kata Tan, SPRM telah menerima bukti baru yang telah diserahkannya.
Tan telah menuduh pembantu Teo - Chan Huan Guan - mengambil sebanyak RM14,500 dari seorang tuan rumah sebagai sogokan sejak 2009 - Mkini.
Aku takmau persoal betul atau tak dakwaan 'wakil katak' dari Nibong Tebal ni. Tan Tee Beng kata ada unsur rasuah tapi Chan Huan Guan dah menafikannya. Betul atau tidak biar SPRM siasat. SPRM siasat secara telus atau tak yang tu cerita lain pulak.
Yang aku nak mempersoalkan sifir BANGANG 'wakil katak' ni. Malaysiakini melaporkan dia kata:
"Beliau (Teo) mungkin bukan yang membuat salah tetapi ia berlaku dalam pejabatnya. Beliau bertanggungjawab terhadapnya," - Ibid.Tak ka BANGANG namanya tu. Mana boleh nak salahkan orang yang taktau apa-apa walaupun salah tu berlaku dalam premis dia. Tak ka bangang namanya tu. Tu pun kalau betul macam apa yang 'wakil katak' ni dakwa.
Lain la kalau ada bukti Teo Nie Chin pun terlibat sama atau paling kurang dia tau pasai kesalahan tu tapi biarkan kesalahan tu terus berlaku.
Sebenarnya, 'wakil katak' ni dah takdak benda nak bagi riuh, nampak sikit bangang pun takpa la, yang penting nama dia masuk paper, keluar TV. Lama takdak cerita nanti takut orang ramai lupa dia. Mana tau dengan dakwaan dia tu kut-kut Najib tergerak hati nak pilih dia jadi calon BN.
SPRM nak habih siasat pun tah bila, kalau ada kes nak dakwa pun tah bila, mungkin dah habih PRU13 pun belum tentu lagi didakwa. Didakwa ka dak tak berapa nak penting, yang pentingnya nama Teo Nie Chin dan DAP sikit sebanyak tercalar jugak dengan dakwaan ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis