Berapa ramai calon PAS PRU13 dari kalangan pemuda dan muslimat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 25, 2012

Berapa ramai calon PAS PRU13 dari kalangan pemuda dan muslimat?

Sinarharian pada 13 Januari melaporkan:
Pemuda Pas menyambut baik kepercayaan pucuk pimpinan parti itu yang memberikan sebanyak 40 peratus golongan muda untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jumlah tersebut terdiri daripada sebahagian calon sayap Pemuda Pas dan Dewan Muslimat serta tokoh-tokoh Pas kawasan dan negeri.

“Keputusan itu menepati apa yang Pemuda mahukan dan kita yakin mengikut perkembangan mutakhir ini kita dapati 40 peratus daripada calon pilihan raya adalah golongan muda. - SinarHarian.  
Harakahdaily pada 18 Februari pula melaporkan:
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.

"Muslimat sudah bersedia (menghadapi PRU13) dan senarai nama calon telah siap diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat. - Hrkh.
Dalam buku jingga perkara 3.D (iii) dalam bab Wanita Dan Institusi Keluarga menggariskan Pakatan Rakyat berjanji untuk Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

Persoalan aku, agak-agak berapa ramai dari kalangan pemuda dan muslimat yang akan jadi calon PAS pada PRU13 nanti.

Bukan setakat PAS kena meramaikan lagi calon dari kalangan ahli Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda tapi PAS juga kena ada calon dari kalangan  muslimat yang muda-muda atau lebih tepat lagi dari kalangan ahli Ameerah,

Agak-agak hangpa, Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah patut bertanding di mana?

Dalam pada tu, hari ni Sinarharian melaporkan:
[Sumber: SinarHarian]
Bab calon pemuda dan wanita dalam PKR aku tak rasa ada masalah pasai ramai yang nak jadi calon dalam PRU13 nanti. Tak macam masa PRU12 dulu semua tak sanggup nak jadi calon sampai tahap PKR terpaksa 'tangkap muat' termasuk dari kalangan 'berudu' yang lepas menang bertukar jadi katak.

Harapnya takdak lagi dari kalangan 'berudu' yang Anwar pilih jadi calon PRU13.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...