Muktamar57: Muslimat dan Pemuda minta kerusi lebih - Boleh dapat ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 02, 2011

Muktamar57: Muslimat dan Pemuda minta kerusi lebih - Boleh dapat ka?


Bernama melaporkan:  
SHAH ALAM, 2 Jun (Bernama) -- Pemuda PAS mendesak pucuk pimpinan parti itu mengisi 40 peratus daripada barisan kepimpinan serta calon pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan golongan muda.
 
Ketuanya Nasruddin Hassan berkata desakan itu membabitkan kepimpinan pada semua peringkat parti.
 
"Kita juga meminta (kepimpinan) PAS memberi peluang kepada calon-calon muda menjadi calon PRU akan datang," katanya kepada pemberita di sini selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-52 oleh Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa pada Rabu malam. - Bernama.      
Aku sangat-sangat setuju. PAS sangat-sangat memerlukan calon di kalangan orang muda untuk tarik sokongan orang muda untuk mengundi PAS. Tambah-tambah pulak PAS bertanding di kawasan yang majoritinya orang melayu dan kebanyakkannya bukan di kawasan bandar.

Memang semua sedia maklum, orang melayu di kawasan luar bandar, terutama sekali golongan saluran 1 sangat-sangat payah untuk berubah dari menyokong Umno. Umno pada depa mungkin adalah segala-galanya. Nak suruh puak-puak ni berfikir luar dari kotak pun payah, tambah-tambah lagi la kalau nak suruh depa pilih selain dari Umno cap Kapal Layar.

Untuk menang dikawasan macam tu PAS amat-amat memerlukan sokongan dari orang muda. Lebih mudah untuk orang muda memahami jiwa orang muda. Dengan calon dari kalangan orang muda, lebih mudah nak pi rapat dengan golongan ni, takdak jurang bahasa dan keperluan pun sama.

Bernama juga melaporkan:
SHAH ALAM, 2 Jun (Bernama) -- Dewan Muslimat PAS Pusat akan berbincang dengan kepimpinan PAS Pusat bagi merealisasikan cadangan supaya muslimat diberi kuota satu kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan ini akan diperhalusi setiap Badan Perhubungan PAS negeri bagi memastikan calon yang dipilih, bersesuaian dengan kawasan yang ditandingi.

"Sebab kalau nak padankan calon dengan kerusi, kadang-kadang kita ada (calon) muslimat, tapi bukan dari DUN itu, jadi kita nak bawa dari DUN luar adalah perkara yang susah dalam politik.

"Kadang-kadang kerusi itu dah OK, tapi muslimat tempatan tak ada, kena import, itu ada masalah. Kita juga nak kena tengok siapa calon sebelah lawan, banyak faktor yang perlu kita teliti," katanya kepada pemberita pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-51 di sini pada Khamis. - Bernama.
Masalahnya, kuasa untuk menentukan calon ni majoritinya dikuasai oleh orang tua, lelaki. Di peringkat kawasan, negeri dan pusat, memang dikuasai oleh golongan tu. Kecuali la di beberapa kawasan yang YDP nya orang muda. Tu pun belum tentu orang muda yang menguasai kawasan tu.

Agak-agak senang-senang ka depa nak bagi peluang kat orang muda atau kat muslimat. Mungkin ada yang bagi tapi payah la nak jumpa. Tambah-tambah pulak dalam kepala depa geng saluran 1 ni dah lama terpahat ciri-ciri yang sesuai sebagai calon., ingat senang ka nak diubah. Macam-macam alasan...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...