KUALA LUMPUR - Pas hari ini secara terbuka mengakui parti itu tiada halangan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Sambil mengalu-alukan siasatan semula itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata bukan saja Anwar, malah parti itu sentiasa terbuka untuk melihat suruhanjaya itu menyiasat siapa sahaja termasuk Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bukan saja Anwar, Nik Aziz, malah siapa pun jika perlu disiasat, siasatlah, itu kita tidak ada masalah.
"Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak membuat siasatan atas
mana-mana tuduhan...itu pendirian rasmi kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen - Sinarharian.
Aku masa mula-mula terbaca laporan tu pun dah rasa takdak apa yang salah dengan kenyataan Salahuddin Ayub Ayub tu dan memang pun takdak salah langsung.
Cumanya main dengan puak-puak penchachai Umno BN ni, dalam keadaan dah tak berapa nak ada buat nak belasah Pakatan Rakyat, kenyataan Salahuddin yang cukup terang lagi bersuluh ni pun depa nak spin.
Dah la tu spin tahap BANGANG pulak tu. Hangpa tengok kat bawah ni antara spin BANGANG blogger penchachai Umno BN. Aku malas nak bagi backlink, kalau hangpa nak baca jugak pandai-pandai la hangpa google sendiri.
Barangkali ramai yang masih terlupa betapa Naib Presiden PAS ini kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim yang mendahulukan rakan DAP dalam isu pemilihan Timbalan Perdana Menteri 'bayangan Pakatan Rakyat'.
Anwar Ibrahim secara peribadi tidak pernah membincangkan soal ini bersama-sama dengan PAS. Hanya DAP sahaja yang berada dalam lingkungan perbincangan perlantikan Timbalan Perdana Menteri.
Din Poyo mengambil tindakan drastik melancarkan serangan peribadi ke atas Ketua Pembangkang. - Penchachai.
Spin BANGANG yang cuma bertaraf SAMPAH... Hahaha...
Isu sebenarnya tak jauh berkisar pasai Salahuddin Ayub buat keputusan nak balik bertanding di Johor. Puak-puak penchachai Umno BN ni memang sedar kekuatan yang ada pada Salahuddin Ayub, pasai tu la depa akan spin apa saja yang melibarkan Salahuddin yang depa rasa boleh spin walaupun spin tahap BANGANG.
Kat bawah ni aku ulang siar jawapan Salahuddin Ayub sendiri berkenaan isu dia nak bertanding di Johor, kut kut ada yang terlepas pandang.
Antara lain dia sebut selain dari Kubang kerian ada beberapa kawasan lain yang jugak mencalonkan nama dia termasuk Parlimen Titiwangsa tapi pasai apa dia tolak jugak?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis